Masa Itu Emas


Saturday, June 21, 2008

APC 2007

Salam semua....

Dah lama rasanya aku tak update blog. Aku bz skit sekarang ni sbb dah nak final exam utk sem 2. Doakan aku berjaya yerrr....So, minggu depan aku akan mula cuti utk amik exam. Seminggu juga la....Tapi sebelum tuh nak citer skit pasal smlm. Apa terjadi smlm??? Smlm berlangsungnya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagu tahun 2007 (APC 2007).



Rasa gembira sgt sbb alhamdulillah thn ni rezeki aku dan kawan2 yang lain. Dulu masa APC yang lepas2 selalu juga la bertanya bila la aku nak dapat seribu pulak??? Tapi thn 2007 beri aku peluang merasa dapat duit seribu tuh. So, kat sini aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada boss aku dulu Pn. Norhana Sanot sbb tanpa markah skt dia aku tak peluang kot smlm nak naik atas pentas ambil sijil dgn replika cek.

Tak lupa juga pada Kak Mask (boss aku masa mula2 masuk unit APP), Kak Ezza, Kak Nenney (boss aku skang) dan pegawai2 lain semasa di unit APP dan kawan2 masa di Bhg. Akreditasi Umum (BAU) serta tak lupa juga kwn kat unit skang. (Cewahhh mcm ucapan dapat trofi pelakon terbaik plak...hehehehehe). Apa2 pon pada semua TERIMA KASIH!!!!!

Kat bawah ni ader gambar2 semasa APC berlangsung smlm. Tahun ni tak berapa nak best sgt la sbb APC di buat mlm besekali dgn dinner MQA. Yang paling sedih....tahun ni tak der duit yg diberikan pada staff mcm dulu2 kecuali Penerima Anugerah yg hanya 15 org. So, mcm aku walaupon dapat seribu tak sama mcm org dulu2 dapat sbb dia org dpt RM1300 aku plak hanya seribu tu la. Tapi apa2 pon duit tetap ku sapu juga. hahahahaha


Kad jemputan yg direka oleh Hani salah seorang penerima Anugerah...


Sijil yg aku dapat diletakkan dlm frame...


Replika cek...

Close up skittt....baru nampak nama.....


Kumpulan bale-bale....


Penari2 MQA.....best la.


-aniesa-

Saturday, June 14, 2008

Kisah abahku....sempena hari bapa

Daddy's Girl
Awesome Graphics and Myspace Layouts at pYzam.com




Selamat Hari Bapa!!!!

Teristimewa buat abahku MOHD RAMLI BIN KAMARUDIN serta bapa mertua ku MOHD YUNUS BIN HJ. HASHIM
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik.
Untuk hubby ku, walaupon belum jadi ayah nak ucap jugalah hehehehe....
Selamat Hari Bapa!!!!

Kepada kawan2 yg dah jadi ayah dan bakal jadi ayah...SELAMAT HARI BAPA.

Pernah tak korang sambut hari bapa??? Atau pon wish kat bapa korang bila hari bapa mcm ni atau hari jadi dia org??? Jarang kita nak wish bapa mcm mana kita buat kat mak kita. Tapi alhamdulillah aku tiap2 tahun wish juga la kalau hari bapa dan hari jadi dia. Cuma kadang tu tak bagi apa2.... Hehehehe ongkosnya kadang2 minta kat abahku juga.

Aku ni kategori anak abah la....sbb adik aku anak mak!!! hihihihi tapi apa2 pon aku anak mak dgn abah aku. Abah aku sempoi jer.... bakal berumur 55 tahun pada bulan 8 nanti. Kalau ikut tahun ni pencen la. Tapi biasa la, dia masih kuat utk bekerja so, dia sambung lagi 1 thn kerja. Dia kerja apa??? Dia kerja di KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) tapi bukan bawak keretapi tau. Dia bahagian lain. Dulu kalau aku ckp dgn org bapa aku keje KTMB mesti dia org ingat bawa keretapi.

Bagi aku, abah adalah lelaki yang paling istimewa dalam diri aku. Abah aku tak pernah marah aku. Jentik pon tak pernah la....Seingat aku, sepanjang kehidupan aku dah dekat 27 tahun ni tak pernah la dia marah2.... Aku pernah ingat lagi sepupu aku pernah kata "kan bagus kalau ayah dia mcm ayah aku". Sepupu2 aku kebanyakan rapat ngan abah aku.

Panggilan utk abah aku sebelah mak aku ialah "Abah Chik" dan kalau sebelah dia Pak Long sbb abah aku anak sulung (mcm aku juga...) Ada org kata muka aku byk ikut abah aku...dah tu kata anak abah hehehehe....Ermmm apa lagi nak story pasal abah aku??? Nak upload gambar dia tak der kat sini sbb gambar kebanyakan kat pc opis aku. Tak perlah kalau ader masa nanti aku uploadkan.

Oklah...itu sajer pasal abah aku. Utk korang2 yang masih ader bapa...tepon la wish selamat hari bapa.....

Awesome Dad
More Comments and Myspace Layouts at pYzam.com




-aniesa-

Friday, June 13, 2008

Pening ker????

Kesian kat korang yg tgk blog aku nih. Mesti peningkan sbb asik tukar skinblog jer.....

Yer la mana tak tukar sbb rasa sumenyer cantik...Lagi pon aku sendiri pon tgh pening sbb byk benda nak buat. Mana nak final exam lagi...pastu baru dapat agihan baru. Huhuhu...byk sgt benda di fikiran. Lu pikir la sendiri.......(itu nabil punya ayat la kan!!!)

Isnin ni ader exam PTK, tak tahu nak pegi ker tak. Slip exam pon tak tahu aku letak mana. Baca buku pon tak!!! ahaks.....patut la tak lulus. Sejak aku sambung study exam PTK ker KPSL ker sume aku malas nak amik. Yang aku tahu, mid term aku dgn final aku. hehehehe

hujung bulan ni final exam utk sem 2. Ha???!!!! dah sem 2. bulan 9 dah sem 3...mcm tak sangka aku dah nak masuk sem 3. mudah2an sem 2 ku ini lulus dgn jayanya.


-aniesa-

Monday, June 9, 2008

Kawasan rumah ku

Salam semua....

Nak story skit about kawasan rumah ku. Dah lama ku simpan gambar ni...Korang mesti tak sangka kan kawasan umh aku mcm ni. Sbb rumah aku kawasan berbukit dan di belakang rumah aku adalah hutan. Dengan inisiatif penduduk kat area umh aku ni dia org tanam mcm2 pokok. Mcm buat kebun la. Pastu siap ader pondok plak tuh....


Ini pondok yg aku ckp... dan gambar bawah tu adalah reban burung (nak ckp sangkar tak mcm sangkar sbb lebih pd reban)..Sorry burung2 nyer tak nmpk sbb aku tak close up.


Sebenarnya kawasan ni luas lagi....tapi aku rasa area ni jer yg menarik. Pondok tuh dibuat dgn dahan yg ada di ambil dr pokok2 kat dlm hutan tuh.


Ini adalah salah satu tanaman yg ditanam. Ader byk lg...nati aku uploadkan lagi. Ader pokok kacang panjang, cili api dan mcm2 lagi lah. So, lepas ni tak payah aku susah nak cari benda yg selalu kita beli sikit2.

-aniesa-

Sunday, June 8, 2008

Pergi Kenduri

Salam....

Kelmarin seperti yg aku citer nak pegi kenduri Albab & Liza. Aku bertolak dr umh pukul 8.30 pagi. Ya Allah....jauh gak ler perjalanan ke sana. Aku ngan hubby keluar tol Slim River sbb bapa mertua dgn adik ipar aku nak ikut skali. Kita org tugu depa kat simpang Trolak. Lepas tu terus jer pergi. Budak2 lain pergi sendiri so, tak der la janji dgn dia org. Kat bwh ni gambar2 yg sempat aku ambil. Sorry la tak byk gambar Liza dgn Bab sbb lebih byk berborak dr tangkap gambar.

Perjalanan ke Teluk Intan walau pon jauh tetapi pemandangannyer menarik...ader sawah padi, kadang tu tempuh juga la ladang kelapa sawit dgn ladang getah.

Kat depan tu kete adik ipar aku. Hubby dia la guide hubby aku jln sbb hubby tak tahu sgt jln ker sana.

Antara yg hadir, dari kiri Imran, Nizam dgn Fairuz yg kat belakang pengantin tu (ambik berkat kot si Fairuz tuh...hehehe), Liza, Bab, sebelah Bab tu bapa mertua ku (Pak Njang org panggil). Yg botak tuh hubby ku, sebelah hubby ku adik ipar ku, Zila dgn hubby dia (faizul) yg tgh dukung anak dia org (Qurratu Ain)

Ini pengantin kita yg tgh tangkap gambar berlatar belakang sawah padi. Pasni tak susah dah liza nak cari beras...Leh balik kg amik yer...hehehehe
Ini masa abg Mior baru sampai....Kita org sume dah nak balik dia baru sampai.
Ini anak buah ku Qurratu Ain namanya (huhuhu..nama ni aku idamkan utk anak ku tapi tak per lah dia dah dpt dulu nati aku cari lain hihihihi...) Yang dukung dia tu la bapa mertua ku.

Tu sajer utk setakat nih....

-aniesa-

Friday, June 6, 2008

Citer apa???!!!

Hari ni tak tahu nak buat apa. Patut ada kelas ekonomi mlm ni tapi dah ganti smlm. Smlm pulak patut ader kelas OB tapi lecturer tak der. Nasib baik la kan, kalau tak ntah kelas mana 1 aku nak masuk. So, aku boleh la mengupdate apa yg patut kat blog aku nih.


Kat opis td, lepas waktu lunch ader mesyuarat kelab kebajikan MQA. Agenda meeting biasala pembubaran AJK dan perlantikan AJK baru. Kali ni ramai kaum adam yg dilantik. Tak mcm dulu kebanyakannya perempuan. Antara senarai yg aku ingat ialah;


Pengerusi : En Azley
Timb. Pengerusi : En. Nazrul
Setiausaha : En. Muammar
Timb. S/U : Cik Farah Syazwani <<<<------ org baru nih
Bendahari : En. Fairuz Mustafa

Timb. Bendahari : En. Razak
AJK Sukan : Imran
AJK Sosial : Mauzura
AJK Cafe : Munzir
AJK Agama : Kak Asnita
AJK Penerbitan : En. Idris
Juruaudit 1 : Kak Nenney (boss aku la nih...hehehehe)


Itu jer yg aku igt.....kalau salah maaf yer nati aku betulkan. Kpd yg berjaya tercalon. Selamat menjalankan tugas..... Meeting panjang sgt....tak sempat aku nak tugu sampai abis sbb adik aku dah tugu kat bwh. Masa tu pon dah pkl 5.15 ptg.


Alhamdulillah, hari ni tak hujan. So, tak der la basah kena hujan. Adik aku nak balik Taiping hari ni. Aku plak esok nak pi kenduri Bab & Liza. Kali ni biar aku yg tangkap gambar dia org plak. Yer la gambar Liza ari tu byk yg tak puas hati sbb goyang lah, kabur lah, gelaplah..mcm2.


Dalam dok layan taip citer ni hubby aku dpt call (dr kwn2 dia kat sini lah tu...). Ader eksiden kat jln besar depan umh aku nih. Ermmmm...disebabkan rasa tanggungjawab hubby aku pd tugas dia sbg "Y.B" (aku la bg gelaran nih sbb apa2 hal mesti org bg tahu dia) dia pon terus keluar.

Gambar ni tak der kene mengena ngan citer aku nih. Tapi sajer aku letak sbb rasa mcm cute jer bdk nih buat cenggitu...hehehe....

Ha...ni plak hubby aku dpt voucher free pegi SPA. Hehehe...dia nak tgk bini dia nih cantek rupanya... Yerlakan saper nak tgk bini buruk aper la aku nih....hehehe

Tapi kelakar rasanyer nak g buat2 SPA nih. Tak pernah buat pon. Tapi tak per lah dah benda free aku OK jer.... Lagi pon bila lg kan nak pegi SPA ni. Hehehe mcm SPA Q plak.

Sambil dok menaip utk post ke blog aku, sambil tu juga la aku tgk mencari skin blog. Konon nak cari yg lagi daboomm la.... Hehehe...Tapi tak jumpa2. Sambil tu juga dok cari gambar2 menarik utk aku upload kat sini. Yer la... aku pon buhsan tgk blog aku ni tanpa warna warni gambar2. hihihihi... Kang Kak Hana kata blog aku ni tak der gambar. Mana nak ader gambar sbb aku jarang tangkap gambar. Asik search dlm tenet cari gambar yg boleh dikongsi bersama. Nak letak gambar aku???!!!! huhuhuhu...sorry lerrrr sbb rasanyer ramai yg dah kenal. heheheeh. Belum masanyer lg nak letak gambar aku. Nati yer..tugu aku kurus....hahahahaha

Uihhhh...dah panjang rupanyer citer aku nih...hihihihi....

Hubby aku baru balik...Balik jer terus buka ceramah Akhil Hayy. Ha....dia nih peminat setia ceramah2 Ustaz Akhil Hayy nih. Kat umh aku nih bertingkat2 CD ceramah Akhil Hayy. Tak cukup CD jap lagi kalau aku habis jer mengadap PC nih, dia sambung plak cari ceramah Akhil Hayy dlm You Tube. Dlm kete aku pon ader CD Akhil Hayy tapi bukan CD ceramah, CD lagu. Makna kata kat sini....hubby ni suka sgt dgn Ahkil Hayy.Ni la salah satu cover CD Akhil Hayy Di bawah satu cahaya. Best la juga lagu2 dlm nih.

Oklah....dah panjang sgt aku rasa...hehehe Aku stop dulu yer.... Nati aku sambung lain. Nak kemas brg nak g kenduri esok sbb lepas kenduri maybe tido kat Trolak.

-aniesa-

Thursday, June 5, 2008

Catatan semalam

Hai sume....


Hari ni mentee aku tak der, so boleh la nak curi masa skit utk posting citer (Maklumlah sejak jd mentor ni aku pon dah mental...hahahaha) . Kalau tidak tak der la masa nak buat benda ni sume sbb takkan nak tunjukkan contoh yg tak baikkan kpd mentee hehehehe......Lagi pon dah nak time rehat ni sbb tu aku berani juga nak post citer ni kat blog. Kalau tak selalu aku buat kat umh.


Smlm masa tgh hari ader org murah hati nak belanja McD..... iaitu Pn. Norhana Sanot (Ex-boss aku nih.) Ntah aper mimpi nak belanja pon tak tahu maybe dpt naik pangkat ari tu kot hahahaha... Apa2 pon thanks Kak Hana.


Ni la Kak Hana. Sajer aku tangkap gambar dia sbb smlm dia merajuk tak dpt tangkap gambar utk AJK KKL tahun lepas. Hehehehe kak hana jgn mare yerrrrr nak tukar gambar bg tahu hahahaha....

Semalam juga aku tak der kelas so, aku suruh adik aku amik bila balik keje. Tapi ptg smlm hujan lebat gilerrrr so, aku dgn adik aku balik dlm hujan yg lebat2 tuh. Sampai kawasan umh aku hujan dah berhenti. Huhuhuhu...aku ni dah basah kuyup. Balik jer terus mandi basuh baju skali.

Tetiba pukul 6.30 tu ader berita terkini. PETROL NAIK HARGA!!!!! Tapi sebleum tu kat opis lg aku dpt email pasal hal ni. Pukul 8.30 mlm aku ngan adik aku kuar g isi minyak kete dia. Hubby aku plak kuar isi minya kete kita org. Aku ikut adik aku sbb hubby aku terus ader hal lepas isi minyak tuh. Dekat 1 jam la, kita org beratur utk isi minyak. Itulah kesan kenaikan minyak pada sume org. Mcm la lepas ni tak beli minyak lg. Huhuhuhu....lapar giler dah masa tuh.

Lepas isi minyak, perut pon kena isi. Aku ngan adik aku g mkn kat Cheras Batu 9 tuh. Tak pernah mkn kat situ tp sajer test. Aku order nasi goreng USA. Sedap juga...pulak tu nasi dgn daging dia byk. Sampai aku rasa mcm tak boleh habis. Adik aku pon sama. Dia kata tak larat nak kunyah daging nih. hahahaha....tapi habis juga la aku tgk dia mkn.

Lepas mkn tu kita org balik.....iron baju aper sume tido. Itu lah kisah ku pasal semalam....

Utk hari ni......tak tahu lg aper yg menarik utk di ceritakan.... Kalau ada pon citer pasal assignment aku yg tak buat tapi kena hantar hari ni. Patut tak der kelas tapi kelas utk esok digantikan pada hari ini. Dah la sume nota tak bwk. Bg tahu la awal2 kan senang. huhuhuhuhu...

-aniesa-

Wednesday, June 4, 2008

Sempat lagi

Dalam sibuk2 tgh jd mentor ni kan tetiba ader lak masa aku nak posting citer utk blog aku nih. Bukan aper sementara tgh igt aper yg aku nak tulis. Sbb tgh bz buat keje tuh terdengar lagu Ayu (OIAM2) - Hanya di Mercu. Lirik dia sgt mendalam maknanya (bagi aku la..). Mmg aku minat la lagu nih. Itu jer citer yg aku bg tahu kat sini. Ini liriknya....

Lirik Lagu Hanya Di Mercu
Lagu: Aubrey Suwito
Lirik: Habsah Hassan

Mimpi dan harapan
Cecita yang tinggi menjulang
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

korus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani
Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Mimpi dan harapan bagaikan duri yang mencengkam
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Bridge:
Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian


-aniesa-

Monday, June 2, 2008

Hujung Minggu Ku

Salam....

Mula keje ari nih kena jd mentor...huhuhuhu tak tahu nak ajar org sebenarnya. Tapi apa leh buat....paksa rela.

Nak citer pasal hujung minggu aku nih. Ari sabtu tu tak der buat apa sgt. Sbbnyer hubby ngan adik aku bangun lambat. Hubby aku ok ler aku paham dia penat sbb baru sampai dr sg.petani. Adik aku nih, ntah knp dia lambat bangun aku pon tak tahu. Tetiba bangun dia kata nak kuar ngan awek nyer....

Malam sabtu tuh dah tak tahu nak buat apa, hubby ajak pegi Kl Downtown (yeaaa...dah lama tak pegi sbnrnyer). Lepas hubby tgk majalah 3 dia kata "ok...siap". Tgh siap2 tuh adik aku pon balik. So, ajak dia skali (kita org nak guna kete myvi dia sbnrnyer...maklumlah kete baru.hehehehe).

Dah lama aku tak pegi downtown....sejak2 sambung blajar ni la. huhuhuhu sedihkan. Tapi kat sini susah betul cari parking. Kalau ada pon jauh mak aihhhh. Dekat setengah jam gak ler melilau cari parking. Pastu kita org pon jln2. Sajer cuci mata tgk mcm2 barang kat sini dari barang perhiasan rumah sampai la barang aksesori kete. Sume ader. Hubby ngan adik aku beli sweter. Aku????!!! Tak der barang yg menarik utk aku beli. Dah penat jln kat downtown hubby ajak g mkn. Tak tahu nak mkn apa tetiba dia kata nak makan nasi lemak Kg.Baru. Apa lg...jommmmm

Sampai kat City garden (Kedai nasi lemak Kg. Baru tu ler) apa lg, bedal la ns lemak tuh....aku amik lauk sotong, ayam dgn hati (sume tu bukan aku mkn sorang skali ngan hubby & adik aku la...). Dah habis mkn hubby kata jom kita round KL. Dah lama aku tak round KL pada waktu2 mcm pkl 2-3 pagi. Dah tu mlm minggu plak tu. Dgn ramai org...jln pon jem. Sbb kita org lalu kawasan Bukit Nenas dgn Bukit Bintang.

Hubby suka lalu kat sini sbb dia kata teringat masa dia keje area ni dulu. Hubby dulu keje manager Gloria Jeans Coffee Beans cawagan Bukit Nenas. Lepas tu transfer ker Sri Hartamas. Sebelum2 tuh ader la lg kat cawangan lain. Lepas kawin jer dia berhenti keje tuh. Itulah kisahnyer.

Tempat2 happening ni biasa la, ramai org dtg. Aku kat situ pon dekat 1 jam sbb terperangkap dlm jem. Huhuhuhu...mata dah ngantuk. Akhirnya, sampai umh pukul 2.30 pagi. Wahhhh penatnyer badan walau pon bukan aku yg drive.

Esoknyer aku bangun pukul 9 pagi. Sib baik pkl 6 tu terjaga (mungkin mata dah terbiasa pkl 6 mesti terjaga) utk semayang subuh. Lepas tu tido balik, tu yg bangun pukul 9. Konon plan dgn adik smlm nak g pasar minggu nak cari ketam. Dia suruh aku buat masak lemak. Ini bangun pon lambat nak masak ketam apa.....mkn jer la aper yg ada.

Pastu hubby kata nak g Jomheboh plak lepas zuhur. Penat smlm tak abis, nak tambah penat lg. Ajak adik aku, dia tak mau ikut plak sbb dia kata nak tukar minyak hitam dgn cuci motor dia. Pegi la aku laki bini ke Jomheboh. Mula ler giler nak beli kat sana sbb kebanyakan barang dijual dgn harga RM10 (brg2 ni diisi dlm 1 beg...leh dpt mcm2). Dekat 40hinggit juga la aku habiskan utk beli barang mkn sajer. Amount yg sebenarnyer 100 lebih juga ler termasuk beli top up utk dptkan topi pastu hubby beli t-shirt jomheboh. Hishhh mengabiskan duit aku jer.

Penat giler jln2 kat jomheboh tuh. Penat sbb tempat nyer dah luas...dgn org yg ramai. Sampai selipar aku pon tercabut tapaknyer. Hahahaha kelakar betul masa tuh sbb aku ikat kasut tuh guna tali supaya tapak tak tercabut. Nak patah balik amik kasut kat kete jauh plak tuh. Jln la aku dgn selipar yg nyawa2 ikan jer nak tercabut tapak.

Aku balik dr jomheboh tu pukul 5. Lagi pon hari mcm nak ujn jer masa tuh. Jln masa tu jgn kira la. Jem gilerrrrr.... Nak tgk gambar pasal citer2 aku nih??? Tunggu yer sbb gambar sume tak transfer lg. Masih dlm hp. Sat g ckp blog aku nih tak menarik sbb tak der gambar. Ni baru citer jer dulu....Gambar kemudian yerrr.....

-aniesa-

“ketika cinta itu mati, kau TIDAK perlu mati bersamanya”

Daisypath Anniversary Years Ticker

counting the wonderful day with u