Masa Itu Emas


Wednesday, July 30, 2008

From Taiping With Love

Jumaat lepas (25hb) aku balik Taiping. Aku balik dgn adik dan abah aku. Abah aku plak baru jer balik dr Sabah hari Khamis tu. So, dia ikut kami skali balik Taiping. Byk juga barang dia beli. Rantai mutiara dgn gelang tgn mutiara utk aku dan mak. Utk adik aku dan hubby just butang baji melayu. Oklah tu sbb abah pegi sana pon berkursus. Jumaat tu adik aku cuti, aku jer keje. Dia tak ckp awl2 kalau tak leh aku cuti juga. Kami bertolak lepas semayang Maghrib. Singgah jap kat Tapah (tempat wajib singgah sebenarnya) utk mkn sbb tepon mak aku dia kata tak masak. Oppsss lupak plak, mana hubby aku??? Dia tak ikut sbb dia nak balik Trolak tgk ayah dia yg masih dlm hospital.

Kita org sampai Taiping pukul 1.00 pagi (actually umh aku kat Kamunting tapi still dlm area Taiping so, suka sebut Taiping). Ngantuk siottttt.....Tapi tgk muka mak aku terus segar. Dah lama tak umh Taiping.

Pagi Sabtu tak der buat apa sgt. Mkn pagi pastu tgh hari tu pegi bandar Taiping nak beli cincin tunang adik aku....Reganya??? hehehe....tanya adik aku yerrr... nak upload gambar cincin tapi dr td asik tak bleh. Nanti lah entry yg lain aku masukkan.

Ada gak aku tangkap gambar hantaran adik aku nih....warna kuning. Cantik arrr...... mak aku kata "Long, jgn iri hati tau sbb dulu masa long bertunang mak tak der pengalaman. Hantaran Long tak sama la mcm adik hari ni." Alah...tp bagi aku hantaran mcm mana pon janji selamat. Tak der iri hati pon sbb kalau boleh nak buat yg the best utk majlis pertunangan adik aku sbb dia jer adik yg aku ada.

Lepas beli cincin, pegi "market Kota" kat Taiping juga ler...tapi dah hala ker Air Kuning. "Market" kat sini tgh hari ker petang ker still ader jual barang2 basah (ikan, udang, etc). Sempat singgah Tesco balik tuh. Mlm plak lepas mkn, pegi The Store Kamunting konon nak tgk baju kemeja utk hubby. Barang kat Taiping ni still murah2 lagi tu sbb nak beli kat Taiping. Tapi syg tak der plak baju yg berkenan. Lepas tu mak ajak pegi kedai Long Wan. Beli barang lebih kurang, pastu balik.

Esoknya time to go back to KL. Tapi aku dah janji dgn hubby nak jumpa kat Trolak. Adik aku plak bawa kwn dia 2 org pegi KL sbb kwn dia kena lapor diri untuk keje pemandu keretapi Isnin tuh. Masa aku singgah di Trolak, ada kenduri depan umah mertua aku tuh...kenduri cukur jambul jer....


Pastu aku tgk ayah ada kat depan umah. Dia kuar hospital ari sabtu. Adik ipar aku si Zila tu pon ada sekali. Saja tgk umh tapi nanti ayah ikut Zila balik semula. Hubby aku plak masa tuh tgh kait rambutan. Byk juga dapat...tapi tu belum semua pokok lagi....Hubby bawa balik 3 bakul rambutan...durian 2 guni (guni gula). Jenuh agihkan pada org.

Apa pon best sgt minggu ni dapat balik Taiping....nanti nak balik lagi tgh bulan Ogos sbb adik aku bertunang. Oklah....nanti aku masukkan gambar yg tak dpt aku masukkan tuh. (gambar hantaran adik aku la...) Kalau masukkan gambar buah rambutan dgn durian nanti kesian Kak Mask kat NZ sbb tak dpt mkn. Sabar yer kak mask nanti dah balik sini mkn puas2.

-aniesa-

Tuesday, July 29, 2008

Sindarela

Aku tak pandai sgt nak komen pasal citer2 tv tapi aku rasa ini citer tv yg paling best aku tgk. and the most part yg aku suka Makcik Marry....hehehehe tapi hari ni the last episod. Sedih oooo sbb lepas ni tak dpt tgk makcik marry dgn siri penyiasatan dan nyanyian dia.

Ending dia mlm td??? Kalau realitynya aku suka ending mcm tu sbb Zoe tak pilih sesiapa pon. Sbb she choose to WIN. Tapi lumrah ler bila ending citer selalu org suka perempuan tu pilih salah sorang. Apa pon best lah...

Dlm byk2 lagu yg dimainkan dlm citer ni aku suka lagu Warkah-BAU. Ini lirik dia :

Warkah by Bau, OST Sindarela
Lagu: Chot Bau
Lirik: Chot Bau/Bahri Uma

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

melodinya yg paling aku suka. Aku suka juga semua pelakon2nya....
Bravo...bravo...bravo 5 star

-aniesa-

Tuesday, July 22, 2008

Sedihnya....

Semalam aku dpt pc baru, flat skrin.... canggih la...tapi kenapa aku sedih???

Mula2 nak tukaq pc gembira tak terkira...seronok la kan sbb tak semua dpt flat skrin yg canggih ni. Apatah lagi dengan penggunaan microsoft office 2007. Semangat kerja tu berkobar-kobar sbb dpt pc baru...

Pegi amik pc kat tingkat 1, dgn rasa bangga giler kat kwn2 lain yg tak dpt pc flat skrin. So, bila dah dpt yg baru, mcm2 la nak explore....bermulah exploration aku dgn pc yg baru ni.

First skali benda yg aku buat bila dpt pc baru ialah nak download msn mesegger yg new version punya. Sbb pc yg baru ni pon ader msn mesgger tapi yg lama yang tak der kuar gambar dan effect2 yg mcm2. Tapi aku kecewa sgt2 sbb byk kali aku download akhirnya ada satu pop up kuar yg bertulis "please log on as adminstrator then try to install again". Knp aku blodkan perkataan administrator??? sbb yg boleh download benda2 ni sume hanyalah ORG BTM.

Aku cuba nak gunakan kuasa kwn2 yg ada kat BTM tapi jwpnnya sama....sekarang sudah di limitkan download program yg mcm2. Takut server berat. Yg kesiannya kat aku nih sbb org lain yg awal2 dulu dpt pc flat skrin sempat mendownload benda2 tu sume. Tidak bagi kami yg baru dpt dlm minggu lepas dan minggu nih.

Sedih....dan kecewa sgt. Aku rasa mcm nak minta jer balik pc aku yg lama. Besar pon besar lah janji program yg aku dpt adalah yg baru dan terkini. Aku rasa mcm susah jer...sbb selama nih guna program baru tetiba guna yg lama balik. Harap pc jer canggih tapi.....huh.

Nak lepaskan kemarahan pon tak tahu pada siapa. Dlm blog ni jer yg boleh aku luahkan. Nasib baik blog bleh buka. Kalau tak boleh. nak jer aku tolak pc baru ni turun ke bwh balik. Apa yg penting skang ni aku kena berfikiran positif. Bukan aku tak leh chat guna msn masih boleh chat cuma dlm version yg lama. Bukan aku tak leh buka internet...cuma internet version lama. Yg lain2 aku guna pon pasal keje. Keje lebih penting. Sbb tu aku dpt pc baru. Sekarang kalau nak tenang hati dan perasaan yg marah ni, aku kena fikir mcm tu.

Pada kwn2 yg rasa jeles tgk kami yg dpt pc flat skrin...bersyukurlah sbb korang punya program yg baru. tak mcm kami pc jer yg baru tapi program lama. Apa2 pon aku ucapkan terima kasih sbb aku masih dapat merasa kemajuan teknologi utk kerja aku. Tempat keje lain belum tentu nak dpt pc pon.

Minta maaf kalau ada yg terasa dengan luahan ni. Lebih2 lagi org BTM. Tak salahkan sesiapa. Tapi salahkan diri sendiri sbb kadang2 gunakan kemajuan dan teknologi yg diberi pada jln yg salah. Tapi sekarang lebih commited utk urusan kerja sbb tak der la masa nak explore benda2 yg canggih2 lg. Kalau nak pon guna jer la pc kat umah aku. Itukan lebih baik.

-aniesa-

Monday, July 21, 2008

balik kampung

Hari sabtu (19hb) aku, hubby dgn adik ipar yg bongsu balik Tapah. Sbb ayah masuk hospital lg... Nasib baik kali ni dia sakit di rumah adik ipar aku. So, ada la org yg boleh tgk dia sementara tunggu kami balik. Kiranya bulan ni, 'rumah' ayah di hospital.

Ada org ckp, dia rindu kat arwah mak kot sbb tu dia sakit. Mungkin juga. Dia takkan nak ckp. Kami tido semalam di Tapah, rumah adik ipar aku. Bila tgk ayah dah ok sikit, lega rasanya. Bapa mertua aku sakit Asma/Lelah.

Bila tgk ayah boleh ckp dan bersembang, tak der la kami risau sgt dgn keadaan dia. Org kampung ada juga yg dtg melawat. Hari ahad kami balik semula ke KL tapi sebelum tu kami singgah di Trolak sbb ayah suruh tgk2 kan rumah dan kemas apa yg patut. Lagi pon rambutan kat belakang rumah tu dah masak. Ayah suruh amik bawak balik.

Sampai di Trolak dlm pukul 11.00 pagi. Hubby kata nak balik lewat petang. So, utk mkn tgk hari hubby kata goreng telur shj. Aku pon buka la peti ais konon nak tgk apa yg ada. Memang ada mcm2. Yg paling byk ulat. Sbbnya suis utama ditutup, so apa yg ada dlm peti ais sumenya tak leh pakai lg. Telur dlm peti pon busuk. Aku sorang jer la yg kemas peti ais tu. Dgn busuknya. Ya Allah......

Last skali hubby pegi beli telur utk cukup2 kami 3 org mkn. Tapi yg masak bukan aku, adik ipar aku. Sbb aku sorang jer mampu nak kemas peti ais yg penuh dgn ulat2 yg jatuh ke lantai. Hubby plak katanya nak kait buah rambutan. Lepas aku siap kemas peti ais, aku jenguk la hubby aku kat belakang umah. Ingatkan dia yg kait buah rambutan, rupa2nya ader pembantu plak tolong kait.

Hubby aku hanya tolong kutip buah jer. Aku tak pernah explore belakang umh mertua aku nih. Dulu masa arwah mak mertua aku ada dia selalu pegi amik cili api, kelapa kat belakang umh. Rupanya kawasan belakang umh ni mcm2 ada.

Dulu masa arwah mak mertua ada, setiap kali kami balik mesti dia bekalkan mcm2 barang. Cili api, kelapa, kalau ada buah2an atau apa saja, dia mesti sruh kami bwk balik. Rindu plak kat dia. Sbb mak mertua aku nih byk mulut skit maksud aku suka berckp. Mmg sunyi giler bila dia dah tak der nih.

Kat bawah ni gambar2 masa kait rambutan dgn manggis









Thursday, July 17, 2008

Kursus Trasformasi Cara Bekerja

Pada 14hb - 16hb Julai aku ada kursus. Tak jauh pon kat dlm MQA jer. Tingkat 11. Peserta kursus 30 org. Tajuk kursusnyer ialah KURSUS TRANSFORMASI CARA BEKERJA (SIRI 1). Kursus ni disampaikan oleh Mr. Ramachandran dari VENK (tak ingat nama penuh company dia).

Bagus juga kursus ni, penceramahnya pon ok. Tapi mungkin bagi aku rasa "alah...semua kursus pon sama". Bukan apa awal tahun hari tu aku dah pegi kursus di INTAN. So, nampak lebih kurang sama cara penyampaian penceramah tu pada aku, sbb Mr. Rama ni pon pernah bekerja di INTAN masa dulu2. Kesimpulannya aku mcm tahu jer apa yg ingin Mr. Rama sampaikan.

Tapi bagus juga la, sbb mungkin masa aku kursus di INTAN dulu ada benda yg tidak dijelaskan telah dijelaskan dlm kursus ni. Apa2 pon thanks Mr. Rama...

Aktiviti hari pertama sikit bosan sbb kena dengar ceramah dulu. Tapi Mr. Rama ni pandai track peserta supaya tak ngantuk dlm kursus. Dia suka bercerita. Lebih lagi cerita pasal org2 kampung dia. Dia asal dari Kota Bharu, Perak. Pelikkan???!!! Aku yg org Perak pon tak tahu kat Perak ada Kota Bahru. Tempatnya dekat2 dgn Gopeng kata Mr. Rama.

Bercerita pasal aktiviti kursus, byk juga yg kami (Pesrta kursus) buat. Kami dibahagikan dlm kumpulan. So, kena ada kerjasama kat sini. Group aku ada Kak Fiza Bidin, Kak Rusmini, Yati (pendaftaran), Izani, Mazani Hamzah, aku dan sorang budak baru Nurul.

Antara aktiviti yg kami lakukan ialah, kena reka logo, motto, nama kumpulan, reka lagu utk kumpulan, lepas tu disetiap sesi kami kena bincang apa yg telah kami dengar dlm ceramah yg Mr. Rama bagi. Menarik juga....sbb kami kat sini tak sangka boleh cipta lagu utk kumpulan sendiri... Nama group aku Booster.

Di hari terakhir kursus kami kena bentangkan hasil2 dari apa yg kami buat....Apa2 pon kursus ni best dan bagus utk aku sebagai warga MQA. Sekurang-kurangnya aku tahu apa yg mendorong aku utk berubah kpd yg lebih baik....

-aniesa-

Wednesday, July 9, 2008

Aku kan KAKAK!!!!!

Semalam adik aku balik selepas hampir 3 minggu outstation. Alah...outstation pon bukan kat mana, balik kg juga kat Taiping. So, senang la dia buat keje. So, bila dia dah balik nih, dia la akan jd driver aku semula. Jadik....."abang leh tido lama skit" itu ckp hubby aku la. Kalau tak dia kena hantar aku pagi2 pastu patah balik ke Cheras masuk keje.

Berbalik pada citer adik aku, dia nih nak bertunang bulan 8 nanti. Aku rasa mcm baru smlm jer aku nampak dia pegi sekolah dgn seluar biru tua. Pastu mak aku pon tunggu dia kat bawah pokok depan kelas. Sbb dia tak kasi mak aku balik...hehehe kelakar plak bila pikir balik. Itu dulu, masa umur dia 7 tahun masuk darjah 1. Dan aku masih ingat lagi masa aku dgn family pegi hantar dia masuk Politeknik Jitra. Muka dia mcm nak nangis jer, yer la org tak pernah berpisah dgn mak.

Tapi sekarang dia dah keje, dah umur 24 tahun dan tahun depan nak kawin. Rasa mcm tak percaya. Dia la satu-satunya adik yg aku ada. Mcm mak aku ckp "Itulah darah daging Long yang ada pon, jagan gaduh2. Esok mak tak der, abah tak der dia jer yang Long ada. Jangan gaduh2!!!" Itulah yg mak aku ulang berkali-kali. Insya-Allah takkan gaduh2 la....

Opsss lupa lak, adik aku nih laki ker pompuan??? Kalau yg dah tahu oklah la. Buat yg tak tahu, adik aku lelaki. Aku 2 beradik jer....Nama dia??? Kalau dengar mcm berdaulat jer.... Muzaffar Sham tapi aku panggil "adik" jer. Kwn2 dia ader yg panggil muzaffar, sham, zaffar dan yg paling favorite sekali abah aku panggil SAFAR.

Cerita dia nak bertunang....awek dia nih atau bakal isteri dia nih satu kelas dgn dia masa sekolah menengah lg. So, bercinta dr zaman sekolah la dia org nih. Sekarang pompuan tu keje kat SJMC. Kiranya adik aku pon dah keje kat sini senang la skit. Dulu adik aku keje kat Penang. Masa aku tgh menaip citer pasal adik aku nih pon dia tak der pegi dating la. Hihihihihi......

Hari minggu ni adik aku ajak aku g cari barang hantaran. Nak beli kasut dgn handbag katanya. Yg lain2 mak aku dah sediakan. Adik aku yg nak kawen aku plak yg teruja mencari apa lg pakej2 perkahwinan. hehehehe....Skang nih aku tgh cari pakej fotografi utk majlis tunang. Ntah la adik aku nak ker tak. Kalau ikutkan aku tak la sesibuk mak aku yg sekarang nih mesti tgh pikir mcm mana majlis tu nanti. Yerla, itu jer anak lelaki yg ada itu jugalah anak yg last nak buat kenduri kawen. Lepas2 nih kalau ada pon cuma anak sedara jer la yg nak kawen.

Oklah, sampai sini dulu kisah adik aku. Nanti lepas dia bertunang aku citer lg. Masa tu aku tunjuk gambar dia.

-aniesa-

Wednesday, July 2, 2008

Aper Citer???

Salam semua....
Dah lama tak menaip utk blog....maklumlah aku sedang menghadapi final exam utk sem 2. Ader 1 lg paper....paper OB ari Sabtu nih. Mudah2an oklah result aku kali ini. Rasa dah buat sedaya mungkin.....tapi ntah la...Aku mula cuti pada 24hb Jun (Selasa) ari tuh sampai 30hb. Tapi 1hb Julai aku EL sbb bapa mertua aku masuk hospital.....So, aku balik Trolak.
Actually, hubby aku balik kg 27hb Jun (Jumaat) tuh sbb bapa mertua aku buat kenduri arwah utk arwah mak mertua aku yg cukup 100 hari meninggal dunia. So, tinggallah aku sorang utk 2 hari Sabtu dan Ahad tu (konon nak study la utk exam ari isnin sbb tu aku tak balik). Ahad petang baru hubby aku balik sini. Esoknya (30hb) hubby cuti lg, tgk2 ptg tu masa nak hantar aku g exam dpt panggilan dari kg bapa mertua aku masuk ICU Hospital Slim River.
Risau gak ler kan.....masa balik abis exam hubby tanya nak balik kg ker tak??? Takkan aku tak balik plak bapa mertua dah masuk ICU. Pagi 1hb (Selasa) aku, hubby & adik ipar balik kg. Sampai sana kena tahan plak dgn gurd sbb kami dtg bukan time melawat. Kerek sgt gurd tu pon....Last skali kami dpt masuk juga....tapi nak masuk ICU tu kena 2 ja...tapi disebbkan laki aku ni "kepala gila skit" (laki aku suka sebut menatang nih)...dapat la kami masuk dlm wad ICU bertiga....tapi nurse kat situ ckp bapa mertua aku dah nak kena pindah wad biasa dah...sbb dah stabil skit keadaan dia.
Masa pindah wad biasa, katil berhadapan dgn bapa mertua aku dah ada org...budak sekolah menengah. Dlm hati aku dah terdetik dah dlm masa 5 minit aku mesti tau apa penyakit bdk ni sbb laki aku ni suka bertanya.....dan akhirnya mmg tak sampai 5 minit aku dah tau kenapa dgn budak tuh...hehehehe. Ini semua hasil soal selidik laki aku. Budak tu terminum asid masa dlm kelas sbb asid tu di letakkan dlm botol mineral water. Dia ingat air utk minum.....
Lepas pindah wad biasa, kami sebenarnya dah ditegur berkali-kali dgn nurse kat situ supaya hanya sorang ja yg boleh tugu pesakit tapi kami buat derkkk jerrr....hehehehe Sampai waktu melawat kami masih ada kat situ ditambah plak dgn adik ipar aku sorang lg dgn hubby dia. Langsung tak terckp apa org kat situ. Lg pon adik ipar aku tuh pernah keja kat Hospital Slim nih...so, ader la org yg dia kenal.
Hasrat kami nak tukar ayah kat Hospital Tapah sbb adik ipar aku (Zila nama dia) keje kat sana. So, senang la kan nak tgk2 ayah. Tapi kita org kena tugu kebenaran dr doktor. Tapi doktor dtg pukul 4 ptg. Takker lg byk keje hubby aku utk menyiasat penyakit apa pada setiap pesakit kat situ.....Time tunggu ayah tu, ader gak la sorang pesakit meninggal. Lelaki India dah tua umur 64 sakit jantung. Jgn tanya mana aku tahu....tanya hubby aku yg menyiasat. Hihihihi
Akhirnya bila doktor dah ada....tak boleh juga nak tukar sbb ayah still tak stabil lg. Lg pon Hospital Tapah kecik dan tak der wad ICU. Takut jd apa2 kena tolak balik Hospital Slim. So, tak dpt lah ayah pindah Hospital. Risau juga tak der org nak jaga....last2 ader plak org kg masuk hospital ddk plak sebelah katik ayah. Lega la skit sbb ader org yg kita kenal kalau aper2 jd leh bg tau....
So, petang tuh kami balik dgn harapan dan doa supaya ayah cepat2 sembuh....
-aniesa-

“ketika cinta itu mati, kau TIDAK perlu mati bersamanya”

Daisypath Anniversary Years Ticker

counting the wonderful day with u