Masa Itu Emas


Saturday, August 30, 2008

Perpaduan Teras Kejayaan

Itulah tema hari kemerdekaan kita pada tahun 2008. Jangan tak tahu pulak...hehehehe sebenarnya aku pon baru tahu.... (sedihkan). Actually aku dulu suka juga nak ambil tahu apa tema setiap tahun bila sambut merdeka. Tapi tahun ni lain sikit.....bukan apa...memang tahun ni kurang sikit sambutan kemerdekaannya. Mungkin sbb kita juga nak sambut bulan Ramadhan sehari selepas sambutan merdeka.



Mungkin juga sebab populariti pilihanraya Permatang Pauh baru2 ini...ewah...mcm baca berita pulak. Apa yg aku harap, mungkin ini juga harapan seluruh rakyat Malaysia semoga Malaysia terus maju, aman damai, makmur dan sentiasa terus mengukuhkan kemajuan serta perpaduan rakyat. Kat bawah ni aku sertakan sikit diskripsi mengenai logo dan lagu utk tema hari kemerdekaan Malaysia ke 51....(ini pon aku copy paste jerrr......huhuhuhuhu maaf yerrr)

LOGO HARI KEMERDEKAAN KE 51







Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan.

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.


Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang Dipertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.


lagu tema hari kemerdekaan ke 51
Ciptaan : Pak Ngah
Lirik : Lokgha


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat

Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang

Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita


Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan


Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan


Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan


MERDEKA...MERDEKA....MERDKA....


salam merdeka
-aniesa-

Monday, August 25, 2008

Salam Ramadhan

Mungkin terlalu awal aku post entry ni....tapi sebelum aku lupa baik aku post sekarang. Lagi pon tak lama jer lagi kita akan sambut puasa....Insya-Allah minggu depan (kalau ikut kalendar la....)


Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini juga....kita dapat sama nikmati serta menunaikan ibadat puasa kita (mcm ustazah bg ceramah plak...). Di kesempatan ini aku memohon berjuta kemaafan daripada korang2 yg membaca blog ini dgn sengaja atau tidak sengaja....(dah mcm ucapan menang anugerah plak) di atas keterlanjuran kata2 aku sama ada lisan atau pon tidak lisan.
~Harapan aku~

@~Marhaban di bulan puasa~@


++++Dari aku dan familyku++++

###Pesan hadis###


-aniesa-

Result???!!!!

ermmmm....apa nak ckp yer??? result aku yg sem 2 tu dah kuar minggu lepas lg. Tapi tak der semangat nak tulis pasal result sbb rasa mcm tak der peningkatan langsung. Tak yah la aku bg tahu baper aku dpt tp bagi aku...itulah habuan untuk aku. Kira mcm, apa yg aku buat itulah yg aku dpt.

Apa pon...setiap kali masuk sem baru, masa tu jugalah pasang azam baru utk study betul2...(kadang tu azam jer lebih...lama2...ermmm) tapi apa yg aku harap utk sem akan dtg supaya aku dapat buat peningkatan. Insya-Allah berkat doa ibu, bapa, family dan rakan2 aku nak capai cita2 aku yg setinggi angkasa.....ingat lagu Ayu yg aku post dulu...hehehehe itulah kata2 semangat aku selama ini.

Buat kwn2 aku yg study mcm aku....tak kira di mana pon korang study....semoga berjaya hendaknya. Bagi aku.....perjalanan masih jauh dan aku akan berusaha sedaya mungkin dan buktikan aku juga boleh jd mcm org lain......Pasal result yg boleh thn tu???? Akan aku baiki pd sem akan dtg....

semangat...semangat...semangat...

Actually...esok nak g amik slip result tu yg terpikir nak post entry ni...and nak daftar sem 3 esk kat UKM Bangi...wish me luck!!!!

-aniesa-

Selamat hari jadi ABAH!!!!!

Hari ni hari lahir abah aku yg ke 55.....tak der apa yg dapat aku berikan...cuma ucapan hari lahir dari panggilan telefon pagi td. Semoga abah dikurniakan kesihatan yg baik serta di murahkan rezeki....

dengan hafiz (sepupu aku).....abah suka sgt melayan budak2....
-aniesa-

Wednesday, August 20, 2008

Kipas Lipas....

Nak citer sikit barang antik kat umh aku di Taiping....bukan la antik mana pon tp brg ni lg tua dr usia aku....Barangnya adalah kipas...Aku tak pasti berapa usia kipas ni tapi mak aku kata kipas tu dibeli oleh arwah atuk aku sebelum mak aku kawin lagi...So, lama la tu sbb mak aku pon dah kawin 30 thn dah....

Kalau tgk pada keadaan kipas ni pon dah tahukan....kipas ni kipas yg tinggi tu....tapi disebabkan 'leher' dia dah patah, abah aku buat gini la. Ikat 'leher' kipas tu pada tiang dia yg tinggal....Abah kata syg nak buang sbb boleh guna lg....yer la brg boleh guna...pakai la.


Nampak tak tali yg diikat tu??? Brg apa jer kalau dah rosak jgn dibuang bg jer kat abah aku...mesti boleh guna lepas ni... Dulu abah ada hobby suka kutip brg terbuang...tapi bila bwk balik umh...mak mesti buang balik sbb mak kata menyemak jer....



Ini plak tempayan lama....dulu abah kalau buat tapai letak kat dlm ni...tapi sekarang tak letak dah dlm ni...tempayan ni letak kat luar jer la....
Byk lagi brg antik kat umh aku...tapi tak dpt nak tankap semua gambar sbb brg2 tu sume abah dah simpan sbb umh nak renovate......antara yg ada...seterika arang...lampu (mcm tourch light) tapi guna pelita digunakan oleh penjaga get keretapi sbb nak tgk keretapi...nantilah kalau ada masa aku balik taiping aku tangkap gmbrnyer.... mangga kunci yg stail dulu2 tuh...dan byk lg lah.....

Oklah....itu jer nak citer....

-aniesa-

Ceritanya.....

Dah tgk gambar tunang adik aku???
Itu hanya sebahagian dr nya...tapi aku ada cerita di sebaliknya....


Untuk pertunangan adik aku, aku dgn hubby amik keputusan nak balik Taiping ni tumpang adik aku. Yer la mana nak ada duit tgh2 bulan ni. Adik pon kata ok...tapi dia kata Fatin (tunang dia la..) ikut skali. Aku pon tak kisah sgt....lg pon dah kenal Fatin tu.

Lepas abis keje, adik aku dtg amik aku kat opis. Pastu dia kata nak g amik fatin. Aku pon kata ok...Masa dah sampai umh fatin tu, fatin kata dia nak bwk balik brg hantaran. Aku igtkan sikit rupanya....Ya Allah....byk. Dah la byk, besar2 plak tu brg hantaran dia. Yg paling besar skali sejadah yg di gubah bnetuk masjid. cuba korang tgk sendiri betapa besarnya masjid tu


bygkan lah sebesar kotak A4 kecik tu....pastu kena bwk balik gula2 yg dibentuk jd rumah (sila lihat gambar kat bwh) dgn gubahan sotong yg besar tu...Keta adik aku bukannya besar mana pon, Myvi apalah sgt....


Itu belum lain2 hantaran yg aku tak tunjuk kat sini. Tapi yg pastinya....masjid tu aku tak pangku pon...4 jam perjalanan nak patah pinggang aku kalau aku pangku....hehehehe

Itu cerita masa nak balik Taiping....nak balik Kl balik...nati aku pos entry lain.....

-aniesa-

Sunday, August 17, 2008

Selamat Bertunang adikku....

Aku post entry ni dulu yer....
Sbb tak tahu nak citer apa lg....
Apa2 tgk gambar dulu....lagi pon tajuk atas dah menggambar ceritanya...
hehehehe.....byk sgt gambar tak tahu nak letak yg mana so, buat slide show dulu....



-aniesa-

Sunday, August 10, 2008

Nak tulis apa???

Tensennya....kat umah tak der org. Adik aku keje kat Ipoh...Hubby plak sekarang ni tgh bz. Sbb kat umh aku ni nak buat surau. Maklumlah...dia kan org kuat kat sini. Sekarang aku sorang2 kat umah.
Baru abis kemas rumah...tak tahu nak buat apa lg. Nak masak, sapa plak yg nak mkn. Sahih2 hubby mkn kat luar. Aku??? Ada la lauk semlm. Jadi la tu....
Sabtu ahad keje aku mcm ni la...kemas umah, lipat kain, masak (kalau ada yg nak mkn), tgk tv...tido. Buat masa ni kelas tak ada lg...Tgh bulan depan baru mula sem baru. Sekarang ni tgh cuti2 la...tp result kuar isnin depan. Takutnya....(takut sbb exam ari tu jwb ntah apa2).
Minggu lepas, boss aku (Kak Nenney) tak der. MC 4 hari. Sian kat dia. Mulut dia ulser dah tu dgn keadaan yg tgh mabuk2 ni....paham2 jer la. Tapi Jumaat tu dia dtg. Cengkung la skit muka tu sbb tgh tak sihat kan. Semoga Kak Nenney sihat secepat mungkin....sbb ada lawatan lg yg kita nak buat. hehehehehe.... Apa pon jgn tensen2 no....
Jumaat tu juga aku, liza, kak su (sulahia), kak suriati, kak aida , munirah dan hafizoh pegi tgk Kak Ita yg teleh selamat melahirkan seorg putera. Sebijik mcm muka Yana. hehehehe. Tapi kak Ita bukan bersalin 08/08/08 dia terawal sehari....07/08/08. Mungkin Kak Rohasni yg dpt tarikh tu....sbb masa kita org melawat kak ita kak rohasni dah masuk bilik bedah. Bestkan dpt tarikh yg best mcm tu...senang nak igt.
Bestnya dpt baby...bila time aku yer???!!!! Insya-Allah kalau ada rezeki utk aku, ada la kan??!!! Tak mau lah pikir nanti nangis sorang2....sbb aku ni sensitif gak ler sebut pasal anak2 nih...Kadang aku cool jer bila org citer. Tapi bila sorang2 mcm ni terpikir gak ler. oklah..tak yah pikir lah...
Lupa plak...kwn aku si Zulkarami tu dpt pegi korea...kursus. Bestnya....Semoga zul selamat pegi dan balik. Jgn lupa bwk balik servinior utk kita org k. Aku ni mcm pembaca berita plak...Melaporkan utk kwn2 yg nak tahu apa yg terjadi kat opis sebnarnya dlm minggu lepas. Sbb kalau citer hal di rumah ni aku rasa aku tak tahu nak citer apa. Turun dr rumah pon tak semlm dgn ari ni. Mcm mana nak citer.
Oklah....post citer ni dulu...sbb dah tak idea nak tulis. Nak g smyg jap..nanti sambung balik.
-aniesa-

Monday, August 4, 2008

Hijau yang Hilang

Baru terdetik di hati pagi tadi, "dah lama aku tak ckp dgn pokok2 aku nih, sejak ddk kat depan (aku pindah di tempat Izani lepas Izani turun bawah)". Sebenarnya rutin harian masa duduk tempat lama (sebelah Kak Joana) bila sampai jer opis mesti bg salam kat pokok2 aku pastu ckp apa yg patut then baru start keje atau g mkn.

Pokok2 ni pon bukan aku punya tapi tinggalan Mak Mun lepas dia pencen. Aku cuma menjaganya dan satu hari nanti dia nak dtg amik balik sbb pokok2 ni org bagi kat dia. Aku pon tak kisah sgt kalau dia nak amik sbb dah mmg pokok dia.

Finally, hari yg di nanti dtg. Mak Mun dtg hari ni. Dia nak amik pokok dia balik. Dah 5 bulan aku jaga...akhirnya Mak Mun dtg amik hari ni. Oklah, sbb aku pon dah lama abaikan pokok2 ni. Tapi bukan semua dia amik. Dia amik pokok yg aku letakkan gambar kat bawah ni jerrr. So, hari ni hari terakhir aku tgk pokok ni kat tempat aku.

Seronok juga ada kehijauan kat tempat aku. Tapi hijau yg selalu aku tgk dah berkurang. Cuma tinggal pokok lidah buaya (yg dlm balang tinggi warna merah sebelah kanan). Insya-Allah kalau dah ddk tempat sendiri (sbb sekarang ni tempat tak tentu lg sbb katanya unit aku kena pindah tingkat lain) nak juga aku bela pokok2 yg lain.

So, hijaukan bumi kita!!!!!!



-aniesa-

Sunday, August 3, 2008

Hantaran Adikku

Akhirnya dapat juga aku upload kan gambar hantaran adik aku. Dah 3 hari aku try upload tapi asik fail jer. Tensen betul Apa pon ini hanyalah sebahagian drpd hantaran dia. Selebihnya tunggu majlis pertunangan dia yer.....

Kotak cincin
Dengan cincin sekali...tapi syg tak nampak sgt cincin



Sebelah kiri telekung sebelah kanan kain pasang tepi sebelah kain pasang tu album utk letak duit hantran

Yang bawah tu aku tak ingat apa tapi yg tengah2 tu mak aku buat yerrr
semua tema warna kuning


-aniesa-

“ketika cinta itu mati, kau TIDAK perlu mati bersamanya”

Daisypath Anniversary Years Ticker

counting the wonderful day with u