Masa Itu Emas


Friday, September 26, 2008

berhati-hati di jln raya


Get Hari Raya Graphics Here

buat semua...salam lebaran


Get Hari Raya Graphics Here



betul...betul...betul...

Balik kampung....

Jom balik kampung.....
mlm ni aku nak balik Taiping dah....best ooo balik kampung raya...

tapi kali ni aku balik dgn adik sbb hubby aku dia nak balik kampung dia dulu.
Yer arrr tahun ni dia beraya tanpa mak...so, dia nak g ziarah kubur mak dia dulu
lepas tu baru dia sampai taiping...

AKU???? kenapa aku tak ikut??? sbb hubby aku suruh aku balik tolong mak dgn abah kat taiping dulu....lagi pon kalau ikut giliran mmg tahun ni balik taiping dulu tapi sbb mak mertua aku dah tak der tak kan nak tinggal bapa mertua aku nak raya sorang2...
Apa pon aku ok...tak kisah ler nak raya kat mana....JANJI RAYA!!!!!!

hurayyyyy RAYA...RAYA....RAYA....

buat kwn2, shbt2, rakan2, sedara2 dan buat sume lah yg baca blog aku nih maaf zahir batin
dan SELAMAT HARI RAYA!!!!!!

-aniesa-

Wednesday, September 17, 2008

Baby Rocky...

Just nak bg tahu, kwn aku Rocky dah dpt baby boy pada 14 September 2008 (Ahad). Di sini aku sertakan gambar baby. Sowi Rocky curi gambar ni dr friendster....Anyway TAHNIAH. Semoga kehadiran jijoe jr ni akan menceriakan kehidupan korang. Lupa lak nak bg tahu nama ZULFAQAR RAYYAN BIN MOHAMAD AZIZUL....

Sowi juga sbb tak dpt lawat ko dgn baby. Insya-Allah lepas puasa nanti yer...

-aniesa-

Tuesday, September 16, 2008

update...Ayah mertua masuk hospital lagi

12 September 2008 - Jumaat

Petang lepas habis keje, elok sgt time tu dah kemas2 barang nak g kelas hubby tepon. Katanya nak balik kampung sbb ayah masuk CCU Hospital Slim River. Bulan lepas jer baper kali ayah masuk hospital. Bulan ni waktu bulan puasa pulak tu ayah masuk hospital lagi. Penyakit yg biasa, asma. Kesian tgk ayah mertua aku nih....

Bila aku kata nak ikut hubby kata tak payah sbb aku baru mula kelas. Dia balik dgn adik dia dulu. So, minggu ni aku plak yg tinggal dgn adik kat umh. Semoga ayah sembut cepat dan sihat selalu.

Hari sabtu aku ada kelas, lepas habis kelas adik aku ckp nak buka puasa dgn tunang. Oleh itu, aku buka pose sorang2 kat umh. Tak per lah....Lepas buka puasa, aku call hubby tanya keadaan ayah. Dah ok sikit dan dah tukar wad biasa. Cuma belum boleh kuar hospital lg. Pastu hubby kata nak balik esok. Nak buka puasa kat umh.

Apa lagi, dia suruh aku masak la. Aku pon suruh adik aku ajak tunang dia buka pose sama2. Simple2 jer aku masak. Nak tahu menu juga ker??? Ikan keli buat masak lemak cili api, ayam masak merah, udang sweet sour dgn sayur kangkung goreng. Sorry yer tak dpt nak tangkap gambar. sbb aku masak dah lewat sgt time tu dgn barang2 tak siap lg. Masak sorang2 plak tu. Huhuhuhu....Apa pon sume dah selamat....dlm perut.

-aniesa-

update...kelas dah mula

8 September 2008 - Isnin

Ramai budak kelas aku konpius bila mula kelas. Sbb dalm website ada 2 tarikh mula kuliah satu 8hb dan satu lagi 15hb. Disebab rasa prihatinnya...(cewah mcm poyo jer) aku pon hantar email jer kat PKP, malas nak tepon2 ni. Balasan yg aku dpt...mula kelas 8hb. Huhuhuhu malasnya. Dah cuti 2 bulan rasa berat jer nak galas beg g kelas. Tapi nak buat mcm mana....setiap sem dah pasang azam baru nak buat yg terbaik. So, jom ke kelas.

Kelas pertama adalah Pengurusan Perakaunan. Dah tu lecturer bg assignment plak tu. Kena hantar 22hb ni. Aarrrggghhhh......apa aku nak buat???? Buka komputer ni pon sbb nak cari bhn assignment la kalau tak rasanya tak update2 blog aku nih. Korang ingat apa??? Aku dah jumpa la bhn assignment aku. Cuma nak edit sikit2 jer....Aku kan nak jadi pelajar yg bagus......(hahahahaha.....gelak zul baca benda nih)

Kali kelas dgn zul tak sama. Yg sama cuma 1 kelas hari Khamis. Sem ni aku ada kelas hari Sabtu. Petang plak tu....Semoga sem ni lebih bagus result dr sem2 lepas. Wish me luck!!!!

-aniesa-

update...umh kena pecah

Dah lama tak update blog....actually aku bz skit sbb kelas dah mula. So, kat mana nak mula citer yer???

5 September 2008 - Jumaat

Lepas habis keje aku dgn adik aku balik Taiping. Mmg dah plan nak balik awal bulan Ramadhan sbb minggu lepas aku balik Trolak. Tapi aku balik dgn adik aku jer. Hubby tak ikut. Dekat pukul 1 pagi juga la kita org sampai. Tgk2 abah kata tak boleh tido kat umah kena tido umah sewa. Aku dgn adik pon konpius. Knp la kena tido tempat lain. Umah sewa pulak tu...Rupanya umah aku tgh renovate. Tgk dr luar mmg tak nmpk tapi dlm umah tu mmg teruk. pecah sana...pecah sini....Dlm hati aku " boleh siap ker umah ni sebelum raya???" Cina yg buat umah aku ni kata boleh siap 26hb September ni...

Di sebabkan kita org balik time rumah tgh renovate...so, mkn buka puasa hari Sabtu tu mak masak kat umah Tok Chik (jiran kat umah aku). Tok Chik ni tinggal dgn cucu dia. So, kita org berbuka kat sana. Inilah pertama kali aku balik umah tak dpt tgk tv....sbb abah tak dpt nak pasang tv. Umah yg sewa letak barang tu pon berselerak dgn barang2. Nanti uamh dah siap aku tunjuk lagi yer....

-aniesa-

Friday, September 5, 2008

PUASA....

Rupanya dah masuk hari ke 5 umat Islam berpuasa...tapi bg aku ini hari pertama...
Kenapa???? heheheehe masalah org perempuan.... Apa pon aku bersyukur sebab masih boleh lg menyambut Ramadhan tahun ini....

Puasa kali ni lain sikit....sbb sekarang kat umah aku ada 2 lagi manusia...iaitu adik aku dan adik ipar aku. Umah aku skang dah ada penghuni baru....selain dr adik aku adik ipar aku pon dah duduk kat umah aku.... Dia dpt keje kat area Cheras so, duduk la ngan kita org...

Masa nak buat keputusan adik ipar nak duduk skali susahnya aku rasa...Macam2 di pikiran aku masa tu... Untuk pengetahuan korang adik ipar aku pompuan....dah tu adik aku lelaki... itu 1 masalah...aku bukan apa...tak kisah pon sapa2 nak duduk ngan aku... tapi yg jd masalah bila 2-2 adik ni lain2 jantina...susahkan???

Bila dah mcm tu, aku dgn hubby pon berdiskusi la...Akhirnya, masing buat keputusan jaga adik masing2. Adik2 ni pon bukan la jahat sgt....tapi cuma nak elakkan perkara tak elok la kan. Mana la nak tahu buatnya ada org dengki ker dengan kita org...maklumlah hubby aku ni kat kawasan perumahan kalau ada buat tangkap2 org couple ni dia ikut. Buatnya dia org ni dengki tak pasal2 adik2 aku kena.

Buat masa nih, aku g kerja dgn adik aku dan hubby lak dgn adik dia. So, tak der masalah sgt....Cuma aku risau bila adik aku keje luar hubby terpaksa hantar aku then patah balik hantar adik dia. Nak buat mcm mana kan....dah nasib.

~~~cerita ni aku hold dr 5/9/08 , 15/9/08 baru dpt post kan....setelah sepuluh hari~~~

-aniesa-

“ketika cinta itu mati, kau TIDAK perlu mati bersamanya”

Daisypath Anniversary Years Ticker

counting the wonderful day with u