Masa Itu Emas


Friday, October 31, 2008

bila "dunia tanpa sempadan" disempadankan!!!!???

Pernah tgk benda mcm ni bila tak leh buka website???


Susahnya bila kebanyakan website kena block. Skang kat opis aku sume website tak leh buka. Hanya website2 tertentu ja yang boleh. Jgn kata blog ker.....frenster ker...myspace kerrr paper online pon tak leh nak buka dah skang ni. Aku rajin la pagi2 buka paper online ni. Senang skit tak yah nak tgk kat depan meja nun pastu nak tugu org lain baca baru kita leh baca....kang terlajak plak masa....nak pegi mkn lg.....(hehehe konon baik la buat keje...)

Ini sume sbb perjawatan online yg sedang dilaksanakan sekarang. Katanya la...sbb opis menerima kemasukan byk permohonan. So, kena kurangkan skit pautan website2 lain. Susahnya kalau org mcm aku nih selalu guna tenet. Bukan apa...tenet ni kan dunia tanpa sempadan. So, kalau bosan2 tu ader gak la hiburan lain yg boleh kita cari kat tenet ni. Contohnya buat blog ni la.....hahahaha....

Tapi selalu aku post story dlm blog kat umah jer. Sbb kat opis tak der masa nak karang2 ayat mcm ni. Org mcm aku nasib baik la sbb kat umh ader tenet. Buat org yg tak der tenet??? Mesti mati kutu di buatnya. Tapi skang byk benda canggih. Broadband kan ada. Skang dah murah.....kat tepi jln jer jual broadband.

aku percaya sesi block website ni tak lama. Insya-Allah lepas perjawatan ni ok lah kot....Harapan ni....hehehe...at least paper online leh buka pon jd la...
Oklah...aku nak g jumpa mak aku jap. Dia skang ada kat hotel Radius International, Bukit Bintang tuh... Ikut rombongan kilang dia nak g Genting esk.
-aniesa-

Tuesday, October 28, 2008

Minggu Mid-Term Exam

Exam dtg lagi......yeeehhhaaaaaa...adussss

Buhsannyer bila exam dtg menjenguk. Mula la mood nak buat keje lain pon tak der....Asik kena baca buku jer....1st paper aku ari rabu (29hb). Subjek akaun plak tuh...penin sungguh.

Apa pon hope aku leh buat dgn baik. Sib baik paper akaun jer yg kira2..yg lain sume kena baca. Oklah kan??? tapi nak baca pon ngantuk juga....

So, wish me lucky in exam.

-aniesa-

Monday, October 27, 2008

Aktiviti Hari Ini

Nak kata bangun awal...tak la awal sgt....sbb mlm td tugu asben balik pon dah dkt pkl 2. So, lepas smyg subuh tido balik. Bangun kul 9..hua...hua..hua...ada ka bini org bangun time tuh???

Ingatkan nak buat nasi lemak tp aku baru teringat aku dah potong daun pandan aku sbb ari tu pokok pandan aku mati. So, mcm tak best arrr nak masak nasi lemak tak der daun pandan. Lepas mandi tgk2 asben dah bangun. Ingatkan dia bangun lewat...maklumlah tido pon lambat lagi pon dia kalau cuti2 ni selalu tgh hari baru buka mata.

Pastu asben ajak g pasar sbb semalam aku ada ckp nak buat laksa. So, dia masih ingat la apa yg aku nak buat. Akhirnya, pertama kali aku tunjukkan hasil masakan aku kat dlm blog. So, menu hari ni laksa la yer.....tapi sowi tak der gambar lengkap laksa aku (laksa yg full version di letakkan dgn mee dan kuahnya skali)...yg aku sempat capture ini jer....


kenapa aku letak telur 2 biji dlm laksa tu??? sbb malas dah nak kupas.

kuah laksa yg masih lg dlm piuk...hehehehe...

'sampah-sarap' yg perlu ada....

Nampaknya itu jer yg aku leh citer pasal masak2. Nak baca buku...yehaaaa nak exam lusa....

-aniesa-

Melawan Kesepian

Hi..hi..hi... aper la tajuk aku ni kan??? Sbb masa aku menaip ni lagu Siti Nurhaliza - Melawan kesepian sedang berkumandang di Sinar FM. Hehehe....mmg aku tgh sorang2 jer kat sni. asben aku biasa la mesyuarat rukun tetangga. Minggu depan ader sukan aper ntah....Adik ipar aku lak dah tido la...skang ni pukul berapa kan...


Kat umah aku ni tak sunyi lg time mcm ni sbb dgr org main mercun. Esk kan raya (deepavali la...) hahahaha.....eh, esk apa...kira dah deepavali la kan????


Td aku g umah makcik aku kat Hulu Langat. Aku panggil dia "Ta"....sajer g beraya (bukan raya deepavali tau...) dia buat spegeti. Dah lama tak ke sana. Dulu aku ddk dgn dia. Masa aku belajar kat kolej dulu ari minggu mesti balik umh dia. Sbb satu2 kuarga aku kat KL ni dia la....Pastu dah abis belajar aku jadi cikgu sementara kat sekolah yg dia keje juga. Dia la yg tolong aku cari kerja.


Aku ddk dgn dia ader la dkt setahun. Sbb masa tu (tahun 2002) jadi cikgu sementara (jawatan aku masa tu GSTT - Guru Sandaran Tidak Terlatih). Hehehe...ngajar budak tahun 2. Mula aku masuk jd cikgu tu aku ngajar BI budak darjah 4. Pastu ada sorang cikgu tu dia tukar sekolah, aku amik alih jd cikgu kelas bg bdk tahun 2. Bila dah jadi cikgu kelas mcm2 la ajar.


Masa ni la aku kenal Shah, ustaz tu.....(encem tp makcik aku dah warning jgn rapat ngan dia sgt). Naper aku citer pasal dia??? Dia pon dah kawin dgn kwn aku juga (kwn masa jd cikgu ni la) Ntah aper citer dia org skang. Dan masa jd cikgu ni la aku kenal ngan kekasih hati ku...siapa lagi kalau bukan asben tercinta....Seronok jadi cikgu nih.....ajar bebudak. 8 bulan jer aku jd cikgu sbb pastu dpt keje LAN ni la...

Oklah...sajer citer2 time sunyi mcm ni.....kalau ada citer lg aku story nanti.

Sunday, October 26, 2008

Happy Deepavali


Hehehe....dalam mood2 raya yang nak abis ni ada plak 1 lagi perayaan. Aper lg....Happy Deepavali...Knp la tetiba jer aku nak buat entry ni kan??? Ala...kita kan masyarakat majmuk...so, tak salahkan kalau kita nak sambut.

Buat aku....deepavali kalau aku kecik2 kat kuarters dulu mmg best. Sbb jiran2 dulu byk org india. So, kalau deepavali ni kami tumpang seronok la....

Apa pon...Happy Deepavali buat semua kaum India yang menyambutnya.
-aniesa-

Thursday, October 23, 2008

Mencapai Bintang

Kelmarin baca paper cerita "Pemandu Teksi berjaya dapat Ijazah". Hari ni baca paper "Jaga Genggam Sarjana".

Dah byk kisah2 mcm ni waktu ni. Maksudnya tak mustahil seseorg yang kita tgk 'biasa' adalah seorang yang berjaya. Selain tu tak mustahil seorang yang dah berumur tak boleh mencapai impian mereka. Byk moral of the story yang boleh kita dpt dgn kisah2 mcm ni.

Oleh itu, aku pon terpanggil nak menulis sikit apa yg di katakan MENCAPAI BINTANG. Bintang yang aku maksudkan bukan bintang yg mcm dlm iklan satu bank ni. boleh capai pastu buat cincin. Bintang ni adalah ILMU. Sejauh mana kita mencari, mempelajari, mendalami, menggunakan, memberi dan segala mcm 'mem' lagi yang berkaitan dgn ILMU.

ILMU PELITA HIDUP. Sekarang dah jarang guna pelita kecuali hari raya jer buat hiasan halaman umh (buat yg ada halaman). Dulu masa belajar sekolah rendah, selalu terdetik kat hati "buat apa la aku belajar??" sbb rasa mcm belajar ni sgt2 susah. Kena baca buku, kena buat latihan, pastu ader exam plak tuh.... Mak aku plak selalu kata " Belajar Long, jgn jd mcm mak dgn abah...jgn jd mcm keluarga mak....tak der pelajaran org tak pandang. Biar kita jd org berjaya nanti org pandang kita dgn hormat" Aku rasa bukan mak aku jer yg ckp mcm tu...mak org lain pon mcm tu juga. Belajar....belajar...belajar....

Aku akan dgr kata-kata tu setiap kali aku nak pegi sekolah. Setiap hari!!!!! Betul kata mak....ilmu buat kita lain dr org lain. Tapi skang ilmu dah bersepah-sepah...antara rajin dgn tak rajin jer kita nak mengutip nyer. Sekarang ni mmg aku sedang belajar. Kat UKM amik degree tapi soalan yg sama masih bermain dlm fikiran "kenapa aku belajar??" Persoalan ini bukanlah sbb aku tak tahu tujuan aku....tapi hanya sekadar menyoal diri ini sejauh mana aku boleh pergi dgn belajar.

Memetik sikit ayat2 artikal 'Jaga Genggam Sarjana' dari paper metro 23hbOkt. 2008

“Apabila melihat graduan keluar masuk universiti ini bersilih ganti, hati saya terdetik ‘kalau mereka boleh kenapa aku tak boleh’ dan saya gembira akhirnya hajat saya tercapai,” katanya.


Itu salah satu sbb knp seseorang itu belajar. Itu juga sbb aku utk aku teruskan belajar di peringkat umur yang tak berapa tahun lagi cecah 30-an (but i'm still young...hehehehe). Belajar untuk perubahan hidup, belajar untuk majukan diri, belajar untuk jadi seseorang dan belajar untuk segala-galanya.

So, "Anie, u must study and make ur family proud of u. Not just in ur exam but in ur life. Study...make u different from others." (betul ker english aku nih??? hahahaha....hanya aku jer yg phm)

-aniesa-

Tuesday, October 21, 2008

Raya Taman Bukit Segar

18 hb Oktober 2008 (Sabtu) - Bertempat di kawasan tapak surau Al Amin telah di adakan Jamuan Hari Raya kawasan Taman Bukit Segar (hehehe....mcm ngarang berita plak). Tapi syg, Sabtu tu aku tak dpt pegi sbb aku ada kelas. Ini antara gambar yg hubby tangkap.


Suasana sebelum majlis dimulakan.


Hubby kata ini antara donation yg dibuat sbb dlm melaksanakan Jamuan Hari Raya ini, ada seorang AJK telah meninggal dunia. Bukan sbb uruskan hal jamuan ni tapi sbb sakit jantung.






Ini plak YB kawasan sini.

Tetamu-tetamu yang hadir. Ada lucky draw lagi.

Ini plak AJK2 yang telah menjayakan jamuan tersebut. Hubby aku??? Dia yang tukang tangkap gambar. So, tak ada la muka dia dlm gambar ni.

-aniesa-

Monday, October 20, 2008

Khas Untuk Hubby

Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya

Kujuga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa
kau tetapku yang punya"

Sekadar lirik lagu dari

Malique - Kau Yang Punya featuring Najwa


layan jer...

-aniesa-

Thursday, October 16, 2008

Kenangan ku....



Cantik tak gambar Stesen keretapi Taiping ni??? Gambar ni aku 'curi' kat friendster kwn adik aku yg keje driver keretapi....hehehe sorry yer.

Gambar ni ingatkan aku pada seribu satu kenangan yg ada. Aku membesar di Taiping, segala-galanya di Taping (bertemu jodoh bukan kat Taiping yer...hehehe). Dulu aku duduk kuartes keretapi kat Kg. Boyan, Taiping. Masih dlm ingatan aku alamat umh aku dulu Blok B, No. 4, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping. Yer arrrr dari kecik sampai aku umur 12 tahun ddk sana mana tak ingat plak kan???

Aku citer sikit kawasan umah aku dulu yer.... dalam 1 blok ader 10 buah rumah. So, umah aku no. 4, Umah no 1 Makcik Nah Kedai kita org panggil sbb umah tu dia buat kedai. Mak aku beli ikan ker sayur ker kat kedai dia la. Rumah no. 2 aku tak berapa ingat sbb asik bertukar2 jer org yg ddk sini. Tapi yg pasti aku ingat Kak Nik (umor dia lebih skit dr aku) Mak dgn abah dia aku tak ingat aku panggil apa. Kak nik ni pon diam jer orgnyer ngaji sekali dgn aku. Rumah no 3 memula dulu yg aku ingat Kak Nina (tua setahun dr aku) kita org panggil dia Joyah becok sbb dia byk sgt bercakap. Pastu dia pindah ganti dengan Mak njang & Pak Njang. Anak dia org 3 org ker 2 org tak silap. Anak yg sulung tu still panggil abah aku "abah".

Rumah no. 4, rumah aku la....masa tu pak ndak dgn pak su tinggal dgn kita org. rumah no.5 rumah makcik Mah. Makcik mah ni la yg ajar aku ngaji. Sekarang dia org tinggal kat Tmn Yayasan sebelah dgn taman umh yg mak ddk la ni. Umh no. 6 umah pakcik mat isa (bini dia aku lupa la...) anak dia kak Farhana. Umah no 7-9 rumah India tak ingat sgt nama apa dia org ni tapi yg aku ingat kalau depavali mesti pegi. mkn muruku. Umah no 10 umah ustaz. anak dia yg aku ingat kak nor dgn abg asri.

Umah depan plak umah apek cino buat kasut. umah dia besar sbb dia buat ala2 kilang kasut dlm ni. aku rasa dlm 3 biji rumah ni umh dia. Bini dia mati bunuh diri. Pastu dia kawin dgn pompuan siam. Pompuan siam ni peramah tapi syg dia tak leh ckp melayu. Dah tu dia ni suka melawa (suka hias diri la...). Kita org yg budak2 ni suka suruh dia dandan rambut....dia buat dandan lipan tu kemas jer....

sebelah umah apek ni umah kwn baik mak aku. Umah Kak Mimah...dia ader 4 org anak sume pompuan. Skang ni dia pon dah ddk kat Bukit Jana. Blok depan 1 lagi umah Makcik Nah nasik lemak (sbb dia jual nasi lemak). Pagi2 aku akan bwk bekal kosong utk dia letakkan nasi lemak dlm tu. Pernah sekali balik dr beli nasi lemak tu kena kejar dgn anjing apek buat kasut. dah la masa tu pakai kasut terompah. tak cukup tanah aku lari.....yg tak sangkanyer nasi lemak aku tak tumpah plak??!!! hehehehe

Kawasan kuarters aku mmg seronok. depan rumah aku ada sebuah reban ayam yg dah tak guna. Kalau main masak2...konon2 reban ayam tu rumah la...pastu ada pokok nangka. Bwh pokok nangka tu abah aku buat pangkin (betul ker ayat aku??? belasah jer la) tempat utk kita org rehat2 waktu petang. Kadang2 berkelah (istilah bebudak dulu). Setiap org bwk la sorang sepinggan nasi mkn kat sini. Kadang2 pegi kat umah ustaz tu sbb sebelah umah dia tu kawasan lapang ada pokok ramunggai. Atas pokok tu ada pondok kecil utk kita org lepak2 dan berkelah. Bestnya masa tu......

Bila ingat zaman2 dulu rasa seronok sgt. Sbb kita takkan lalui dah masa tu. Yang ada hanyalah kenangan. Itulah kenangan aku kat kuarters keretapi. Skang kuarters tu dah nak kena roboh sbb nak buat landasan keretapi berkembar tu. Sedihnya....sume tinggal kenangan. Taiping pon dah tak mcm dulu. Dulu supermarket bersepah-sepah....skang tinggal 1 jer supermarket. La ni kalau nak cari supermarket cari kat area Kamunting. Ader Tesco, Giant, Taiping Sentral macam2 la lagi.


gambar kat atas ni nak tunjukkan di mana terletaknya kuarters aku...tapi ni gambar agak terbaru (copy dr web mana ntah) tak nampak dah kuarters tu. kalau dulu dr stesen keretapi ni boleh nampak kuarters aku. kalau ikutkan hujung jalan keretapi tu sebelah kanan adalah kuarters keretapi.

Tuesday, October 14, 2008

selepas raya

Lamanya tak update blog...
lepas2 raya ni mood tak der lagi utk menaip. tapi ni dah hari ke 14 raya..
mesti tertunggu-tunggu mana la gambar umah mak aku tu yer....nak jd citer kamera aku rosak la plak...memroy card buat hal. tangkap gambar tp tak der dlm kamera.

So, sume gambar raya & gambar umh baru mak aku tak dpt nak tunjuk kat korang sume... Sowi yerrr

First raya aku kat Taiping...Hubby pon balik ari isnin (29hb tu) konon nak bwk bapa mertua aku skali tp bapa mertua tak sht dan tak berani jln jauh2. Second day dok umah jer sbb ader org nak dtg umh....raya ke 3 baru balik Trolak...Pastu balik KL ari ahad (raya ke 5).

Semalam aku buat open hs. tak la panggil ramai org tapi ramai plak yg dtg. Terima kasih pd yg dtg. Sori tak der gambar yg dapat nak ditunjukkan sbb tuan rumah sibuk tgk makanan cukup ker tak. Just utk info, aku buat spegeti, bihun sup, soto, kuah kacang. Adik ipar aku plak volunteer nak buat kek batik. Alhamdulillah sume makanan habis.

Terima kasih la pada yg dtg dan minta maaf sbb umh ku kecil shj, so, ader yg terpaksa tunggu sekejap utk mkn. maklumlah umh mcm sarang burung. dah la atas awan....hehehehe

oklah setakat ni shj utk update blog yg dah lama ku tinggalkan ini. sori yer entry ni tak der gambar lg sbb kamera rosak.

-aniesa-

“ketika cinta itu mati, kau TIDAK perlu mati bersamanya”

Daisypath Anniversary Years Ticker

counting the wonderful day with u