Masa Itu Emas


Friday, January 30, 2009

Hidup Baru

Malas nak citer panjang2....so, aku citer berdasarkan gambar2 kat bwh ni jer la ekk...
Lagi pon ramai yg dah tahu adik aku dah kawen pada 25hb Januari 2009 (kenduri jer....). Aceli byk lagi gambar tp nak upload lama sgt....ini jer yg aku upload dulu.

Untuk panduan, tema putih merah adalah kenduri sebelah perempuan dan tema hijau kuning (kedah la plak) adalah dr sebelah family ku....



Ini gambar lepas dah selesai sume, tu yg adik aku tak pakai sampin...

Sanding kat umh aku....dok jeling apa dik???


Khemah & meja mkn penganting


Pelamin kat depan umh


Bilik pengantin. HP yg berterabur kat bwh tu HP sepupu2 aku la tuh. Untuk makluman tirai2 katil tu mak aku yg buat...cantik dak??? Naper time aku tak der katil tiang ha?? hehehehe


Ini sebelah pihak perempuan. Kenduri dia org 24/01/2009 (Sabtu) sehari sebelum kenduri kita org. Yang tgh merenjis tu pak ngah aku dr Perlis.


"Anak mak" dah kawen.....


Selesai sudah...bersama makcik ku dgn sepupu ku



Adik iparku!!! Ada rupa aku ker??? ramai yg kata gitu.....yg pasti aku lg cantik.....hahahahaha jgn marah fatin no.....


Adik ku...selamat melayari bahtera rumah tangga.
SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!!
masa aku dulu pon warna merah....hehehe teringat plak bersanding time tu...apa pon itu adalah KENANGAN TERINDAH buat aku dan suami.....
-aniesa-

Thursday, January 29, 2009

Di mana????

penin tgh cari borang APP...kat mana aku letak
selalu kalau aku nak call aku akan tulis kat kertas kecik...ni tak aku kuarkan plak borang tu dr fail. skang ni aku tak tahu letak kat mana...
dah la nanti nak guna buat borang bertugas luar pejabat...
mcm mana ni ha???
Ya Allah...tolong lah aku.....

ini luahan jer di saat kepala penin dgn mcm2 fail....nak buat overtime ker ha???

-aniesa-

Sunday, January 18, 2009

weekends...

Apa la yg aku buat 2 ari ni ek??? Nothings!!! Weekends ni lbh ddk dirumah jer sbb asben bz.

Smlm dgn hari ni ada game futsal. Smlm game dgn IMetro, tak menang pon tp atleast ada pengalaman menyertai game besar mcm ni....ada la juga menang 2 kali cuma game ke-3 kalah tipis jer dgn 1 gol. Cewah...mcm baca berita sukan jer aku nih.... Ini info dr asben la...

Hari ni plak dia ada game dgn Celcom...pon tak menang juga. Tak per la bang....lain kali cuba lg. Gambar2 utk game ni lain kali lah aku upload. Aceli dah byk kali aku buka blog ni tp tak tahu nak tulis apa. Nak tukaq skin blog asik tak bleh ja dr smlm. Huh!!!!

Oklah....bye

-aniesa-

Wednesday, January 14, 2009

Interview....

Aku baru nak rasa lega skit lepas exam ari tu...alih2 kena panggil interview plak. Interview apa??? Jawatan ni aku minta dr tahun lepas lg...Tak igt bila tp lama gak ler....Kalau tidak interviewnyer 19 November 2008...haaa tak ker lama tuh. Kira bulan oktober la aku minta...tp di atas sebab2 yg tak dpt di elakkan interview di tangguhkan....


So, jd lah tarikh sebenar interview smlm (13hb Januari 2009). Aku interview utk jwtn N22. saper yg keje gomen tu tau la kot...tak yah nak explain la no....ni la 1st aku interview jwtn ni. lg pon aku dah lama tak di interview. Gementar...

Aku tak mengharapkan apa2...sbb aku tahu persaingannya ramai. Tp kalau aku ada rezeki utk ini, aku doakan yg terbaik utk aku dan rakan2 yg lain. Kalau tak berjaya pon, sekurang-kurangnya aku ada pengalaman dlm interview ini.

Kata-kata hari ini:
Kata orang, daripada bersahabat dengan si bebal, lebih baik berseteru dengan si berakal...

-aniesa-

Sunday, January 11, 2009

Akan Tiba - Alif

Minat sangat dgn lagu nih...
satu, sbb lagu ni OST cerita Rona Roni Makaroni (pelakon feberet dlm citer nih)
dua, sbb lagu dia lain dr yg lain
tiga, sbb aku suka mkn makaroni goreng kedai pakcik aji (sedap lg cindai buat tp cindai tak buat selalu) hahahaha....layanzzzzz



AKAN TIBA

Hey hati ku..

Selalu mendambakan cinta namun tak kunjung tiba

Hatimu itu

Seperti apa yg ku mahu selama ini


Am Em

Ertikanlah pagi ku yg kaku tanpa kamu


C/oKau ku cinta

Engkaulah yg ku puja

Tertunggu selama ini takku jumpa

Dgn mu ku di lamun indah

Ku harap cinta akan tiba di hati kita..


Lihat kamu

Tak ku sedari

Waktu dah mulai tinggalkan ku


Kau kau kau

Buatku lupa mengapa ku disini pada mulanya..


Ertikanlah malam ku yg sayu dingin tanpamu


Setiap hari bersama mu

Ku ingin selalu dekatmu

Ku hitung saat dan waktu


Hingga hari esok kembali lagi


Written By: Amylea

Lyrics By: Amylea
-aniesa-

Aduh.....

Hari ni berakhirnya final exam utk Sem 3 aku. Alhamdulillah, rasa terkurang beban kat kepala. Bukan apa, Khamis petang lepas balik keje aku rasa dah tak thn sgt badan nih. Sejuk sgt2. Selsema dan demam. Mlm tu juga asben bwk g klinik. Mmg tak boleh nak bangun. Aku ni kalau dah demam mmg teruk sampai tak leh bangun. Nasib baik dah abis waktu keje dan dah sampai umah masa tu.

Jumaat tu mmg aku cuti. Konon nak baca buku tp dah dmm smpi tak leh bangun baca bku sambil baring. Apa yg aku baca pon aku tak tahu. Tgh hari asben balik bwk mkn jer. Seronok juga sesekali sakit mcm ni, nmpk la asben ambil berat. Kalau tak dia lebih dgn futsal dan persatuan penduduk. Hehehe.....

Tu pon pkl 3 pg (kira jatuh ari sabtu la...) ada pompuan call. Mcm mana aku leh tau sbb suara pompuan tu kuat sgt tak yah pakai loudspeaker pon leh dgr. Dia minta tolong asben aku tangkap laki dia dlm umh bdk pompuan. Ni la antara tugas2 AJK persatuan...(tangkap org khalwat). Dr cerita asben aku, pompuan ni polis laki dia pon polis juga. Anak dah 2 tp dok kat kg. Laki dia dah ada awek, bdk kolej kat umh aku ni la...hari2 dtg umh budak pompuan tu. Tu yg bini dia ni bengang kot. Masa tangkap tu laki dia bwh katil tak berbaju....Hishhhh minta simpang jadi kat family aku.....Nauzubillah....Ambik pengajaran yer saper yg baca....

Semalam (sabtu) aku ada exam juga. Paper objektif. So, main taram ikut logik la. Baca tp tak igt. Balik dr exam konon nak buat spegeti, brg spegeti pon dah beli tp tgk2 adik ipar dah msk nasi. So, padamlah hasrat nak mkn spegeti petang tuh. Insya-Allah petang sat g aku buat.

Semalam juga peristiwa yg tak pernah terlintas kat kepala otak aku terjadi. Kereta aku kena pecah (tak der la pecah cermin...ni istilah jer) maksud aku kena umpil tingkap dia. Asben aku g jogging dgn bdk2 futsal dia kat Tmn Tasik Permaisuri. Balik tuh tgk2 kereta dah berbunyi. Nasib baik la kereta tak kena kebas. Dan nasib baik juga sbb asben mmg tak pernah tinggal brg2 berharga dlm kereta. Cuma malang skit buat bdk2 futsal dia sbb dia org tinggalkan barang (hp dgn beg duit) dlm kete. Habis sume brg pencuri tu amik. geram betul.....

Baru nak lega sakait kepala...sakit kepala otak aku balik. Huhuhuhu....dah nasib nak buat mcm mana...Oklah aku nak redakan skit kepala aku nih....aper lg...tidolah. Pagi td bangun pkl 6 tak tido lg...pegi jwb exam. Smlm dah la tido pkl 1pg....huhuhuhu

-aniesa-

Monday, January 5, 2009

Jalan-Jalan pergi kenduri

Sabtu lepas (3/1/2009) dah malas nak ngadap buku ajak asben g kenduri Azimah. Ni antar gang tunggu teksi setiap petang. Hehehehe....Dah la hujan sepanjang hari ngantuk plak bila asik ngadap assignment dgn buku. Aku pegi dgn Kak sulahia (antara gang tunggu teksi ler ni....) Mula suruh Kak su tunggu kat lrt Chan Sow Lin tp memandangkan hujan asben ckp pegi amik jer la kat umh dia.

Majlis telah dilangsungkan di Pusat Komuniti Taman Ibu Kota (betul ker??? tak tgk kad nih). Mungkin disebabkan hujan, persandingan terlewat skit. Sempat la aku mkn nasi kenyang2 pastu g snap gambar2 kat bwh ni. Antara warga MQA yg aku nampak ialah Yati, Zila, kak ros, shima, kak shida, hani, fairuz, liza, kak rusmini, hanis (ni pon gang tugu teksi) dan yg lain tu tak perasan plak.

Buat Azimah dan asben, selamat melayari bahtera rumahtangga. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Selamat pengantin baru!!!!!!!!!






Thursday, January 1, 2009

Tahun Penuh Cabaran

Sekejap jer rasa masa berlalu. Tak berapa minit lg dah nak masuk 2 Januari 2009. Rasa mcm baru semalam thn 2008 di sambut. Usia makin meningkat dan tanpa sedar kita hampir kepada Pencipta kita Allah S.W.T.

Tatkala ini, aku sedang mendengar lagu Gitar Tua nyanyian Dahlan Zainuddin dan masa ini hujan membasahi kawasan Cheras. Asben kesayangan aku pulak sekarang tgh main futsal. Aku pulak??? masih di hadapan pc ini menaip sesuatu yg aku tak pasti nak cerita apa.

Aceli aku sedang menyiapkan saki baki assignment aku. Pagi td aku berada di Kampus UKM Jalan Temerloh dgn kwn2 group aku menyiapkan portfolio assigment marketing aku. Ingatkan nak siapkan assignment IB dgn Ida, tp nak siapkan assignment marketing pon 1 hari suntuk so, assignment IB terpaksa dilupakan seketika.

Lepas abis discussion lebih kurang pukul 5.30ptg asben dtg amik. Kita org terus ke Taman Tasik Permaisuri. Buat apa kat sana??? Haiiii......1/1/2009 kena ada azam nak kuruskan badan...hehehehe aku jogging. Dah lama tak jogging tp aku tak sangka dpt 1 pusingan penuh jogging tmn tasik permaisuri.

Apa la entry aku nih, citer pasal jogging plak. Mmmmm....smlm birthday Liza, kwn aku. Disebabkan hanya ada aku, Rocky dan Zul shj yg ada utk sambut birthday dia kami cuma beli kek dan KFC jer. Sorry la Liza, nanti, kita buat lain...hahahaha. Smlm juga birthday kwn kelas aku Ida. Buat Ida dan Liza Hepi besday!!!!!

Esok aku cuti, nak sambung buat assignment. ASSIGNMENT lagiiii. Apa la Anie ni...berapa byk assigment nak kena buat???? Itulah yg aku katakan tahun penuh cabaran. Dari hujung tahun hingga awal tahun assignment jer la yg aku hadap. Sampai nak termuntah dah....

30hb ari tu aku mula exam final sem 3. Paper akaun mula2 tuh. Rasa frust giler sbb aku rasa aku dah study tp bila tgk soalan tu aku frust sgt2 sbb tak mampu nak jwb sebaik mungkin. Huh....tak tahu nak ckp apa. Tawakal jer la....kalau aku tak kantoi alhamdulillah tp kalau sebaliknya....mmg dugaan buat aku.

Oklah....dah panjang sgt aku menaip, kang ada plak org kata blog aku tak warna warni sbb tak der byk gambar. Nanti aku letak byk2 gambar ok!!!!!!

-aniesa-

hepi nu year!!!!! 2009

welcome 2009!!!!!!!!!!!
apa azam baru??? ker azam lama masih tak tertunai lg???
apa pon selamat tahun baru
semoga tahun baru bawa sinar yg lebih baik dr thn2 sebelum2 ni.....
hepi new yer!!!!!!!!!!!
-aniesa81-

“ketika cinta itu mati, kau TIDAK perlu mati bersamanya”

Daisypath Anniversary Years Ticker

counting the wonderful day with u