Masa Itu Emas


Thursday, February 17, 2011

Citer Melayu (tukar pd Citer Malaysia)

Sebelum aku tido...aku nak post jg entri ni...Walaupon mata dah rasa mcm dah berat tp jari jemari tetap laju menaip sbb otak sedang berpikir...

Kenapa aku bg tajuk kat atas tu??? ermmm sbb aku perasan yg entri aku sejak akhir ni asik citer pasal drama melayu jer...

Ok...sebagai org yg mmg suka sgt tgk drama...kat sini aku nak bg tau..aku kureng layan drama atau drama rantaian dr luar negara sgt. Aku lebih byk tgk drama melayu...Tp filem aku masih lg layan filem dr luar jg. Kalau nak ikutkan kualiti drama dan filem Malaysia (aku tukar la yer sbb skang aku bukan di Tanah Melayu...aku di bumi Malaysia) drama lagi bagus dr filem.

Dr review aku tgk drama dan filem...kalau ikut jln citer drama...ianya lebih dekat dgn kehidupan realiti . Aku bukan pengkritik filem tp serius...aku lebih suka tgk drama Malaysia. Contoh yg aku leh bagi drama yg berkesan kat aku sejak akhir2 ini ialah...Ampunkan Daku, Trilogi Cinta dan baru td tgk Kashaf Imani (ermmm aku byk lupa tajuk drama tp kalau nak citer pasal jln citer aku mmg bleh igt) ok...itu yg aku igt tajuk nyer la...

Kat sini aku nak ngaku la drama Malaysia lg best dr drama....(sorry to say!!) Indo, Korean, thai or...aper2 negara la...Oklah...maybe ader yg marah kat aku plak nati...kalau ckp drama luar x best...bukan x best...ada sesetengah drama mmg best...tp aku jarang sesangat tgk drama luar. Minta maaf kpd yg suka sgt tgk Korean, Indo atau apa saja drama luar negara....

Oklah...x mo komen panjang2...takut tetiba kotak komen aku ni penuh dgn kutukan...huhuhu Minta maaf yer...

Mata pon dah ngantuk...YB x balik lg, ajar org Marhaban ker....pegi pasang mercun sempena Chap Go Mei ker...aku pon x tahu. Oklah...Want to sleep...nite2!!!

[ada org marah aku ayat BM aku kat blog ni x betul...guna short form. Normal lah, ini blog aku...pepandai la korang sambungkan ayat aku]

Kashaf Imani

Sekarang sedang tgk citer Kashaf Imani dekat Astro 104. Best jg. Sharifah Amani yg berlakon. Lagu tema memula aku dgr ialah Kekasih Gelapku...tp tetiba lepas Kashaf ni kena tikam dan koma...ada lagu yg menyentuh kalbu aku...liriknya best sgt. So, aku terus ler menggunakan pakcik Google ni cari lagu tu...

Inilah lagu yg aku cari...Tajuknya Tiada Duka Yang Abadi nyanyian dari Opick. Aku bg lirik jer la ekk...

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

oklah..nak layan citer ni jap...(ermmm...tetiba nak tahu apa maksud Kashaf sedap jg nama dia...)

Tuesday, February 15, 2011

Sempena Maulidur Rasul

Hari ini merupakan cuti sempena sambutan Maulidur Rasul. Tahun lepas ada la juga join perarakan Maulidr Rasul ni kat Putrajaya. best sgt...tahun ni dgr kata x der bajet. So, opis x buat...

x per la...bukan itu yg aku nak citerkan. Apa yg aku nak citer skang menegani Surau Al-Amin, Tmn Bkt Segar, Cheras (kawasan umh aku la ni). Td masa YB balik dia bwk balik paper Berita Harian. Ada citer pasal pembinaan surau ni.

Kat bawah ni aku scan keratan akhbar nyer....

Mcm2 usaha dah buat utk mencari dana pembinaan surau ni. Mcm yg YB ckp...dana ni masih x cukup lg. Oleh itu, aku sebagai wakil penduduk Tmn Bkt Segar ini...merayu kepada pembaca blog aku ini untuk sertakan sedikit sumbangan ikhlas anda kepada Surau Al-Amin di no akaun 14020003137711 Bank Muamalat.

Monday, February 14, 2011

Trilogi Cinta

saat entri ni buat...aku tgh tgk citer Trilogi Cinta. Layan der....dgn citer ni. Mcm mana leh sangkut x tau la...huhuhu...

Ni aku sertakan sikit sinopsis citer ni yg aku kopipes dr blog Cik Dara....

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?


X sabar nak tahu kesudahan citer ni. Ari ni episod 20...lg 20 episod nak abis..huhuhu. Pelakon?? bleh la sbb ianya dr Suhan Movie...wajib ada Rosyam Nor dgn Aida Khalida (selalu jd mak dia). citer yg baru kat TV3 tu pon (Begitukah Cinta) ada Aida Khalida...

Tp kalau suruh aku pilih pelakon...hero sama ada Fahrin Ahmad (lg aku suka) atau Bront (leh ker dia romantik, teringat citer Sindarela). Tp Rosyam pon ok jg...Heroin plak...sbb dah Fauziah Gaos yg diperkenalkan so, Norjinah tu mmg kena la dgn dia. Tp kalau letak Fazura atau Ayu Raudah (teringat dia berlakon dlm Manjalara pakai tudung nmpk so kampung) ok gak kot. x pon Rita Rudaini...ermmm

Apa pon 2 thumbs for Suhan and Rosyam Nor sbb citer ni wat aku melekat depan tv.

Resepi Apam Pelangi

Entri semalam x der letak resepi...so, entri ni aku letak resepi. Resepinyer aku C n P dr blog Homesweethome....tenet ni jer la cikgu aku yg ada nak masak2...huhuhu org skang senang jer kan??? Dihujung jari jer kalu nak cari resepi. Org dulu2 punya la payah. Kena tanya org tu...org ni... dah tu mak2 kita mesti ada buku resepi sendiri...hihihi

Jom layan resepi..korang pon bleh C n P jer resepi tu...(gambar tetap gambar semalam)



APAM PELANGI
Resepi: Ilahjy

Bahan:- (akak buat - 1 loyang bulat 7 in dan 1 loyang 5 in x 5 in )<<<----ini jer yg aku x ikut sbb tu x masak kat tgh...bhn2 ni utk 2 loyang tau...aku wat 1 loyang jer
  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh ovellet
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus (akak kurangkan jadi 220 gm je)
  • 250 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • pewarna (akak guna warna trafik light..hehehe)
Caranya:

  1. Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
  4. Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
  5. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Akak skop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)

selamat mencuba....

Sunday, February 13, 2011

Apam Pelangi (Bahan Uji Kaji lagi)

Seperti yang dijanjikan...ari ni aku separuh berjaya buat apam pelangi ini... Aiiikkksss naper separuh berjaya??

Kesuluruhan perjalanan pembuatan apam ini aku ikut sebijik-sebijik mcm dalam resepi...dan masa nak kukus pon aku ikut...cuma yg aku x ikut balut tutup pengukus dgn kain sbb pengukus aku tu mcm ada saluran utk air tak menitik.

Cuma penutup pengukus aku tu rendah sgt sampai apam pelangi aku nak naik pon x bleh. Dah cecah dinding org kata. huhuhu...Bila aku tgk apam tu dah merekah dan samapai x leh nak naik dah...aku assume apam tu dah masak ler kannn....kalau tgk pon mmg dah masak...yer la kukus samapai 1/2 jam x kan x masak...

Bila aku kuarkan...dan aku potong kunun nak bg kat jiran..rupanya tgh2 tu x masak...huhuu x kan nak letak balik dlm pengukus tu kang bantat plak apam aku...So, aku amik bhgn yg masak jer....Baru aku teringat....patut apam tu dibuat dlm dua bekas...ni x...aku letak bahan2 tu sume sekali dan apam tu naik sampai tinggi.

Kira separuh jadi la kan apam tu..jom layan gambar kat bawah...

tgk...sampai merekah apam tu...masih dalam loyang..x tahu tgh2 tu x masak..


setelah dipotong...perasan x yg bahagian tgh aku buang


YB kata sedap...bleh jual. Tu jer la komen yg selalu YB bagi...tp mmg lembut dan sedap...
Aku bg juga dekat jiran sbb aku tahu mesti x abis kalau aku dgn YB jer makan...tp bg yg elok jer la...

Wajah Baru (entri tanpa gambar)

Semenjak mcm2 tulisan bleh di aplikasikan dlm blog ni rasa mcm ada semangat nak menulis dan wat entri...hihihi...

Ok ker page blog aku ni?? kira oklah kan??? Aceli aku baru jer wat blog utk Surau tpt tinggal aku ni. Ni sume usaha YB la minta aku buatkan blog Surau Al-Amin, Tmn Bkt Segar (leh klik link tu yer)

Ini adalah salah satu cara utk YB dan AJK surau mencari dana utk pembinaan surau tersebut. Kepada korang2 sume...mana yg bermurah hati boleh membuat derma seperti yg terdapat dalam blog surau tersebut.

Nati aku cerita lg pasal surau yer...sbb mcm x kena plak tajuk kat atas dgn citer pasal surau. Oklah, ari ni mcm semangat nak wat apam pelangi. barang sume dah ada...tp aku sorang jerkkk mcm mana?? YB dah g kenduri kat pahang nun...x per la...kalu aku rajin nati aku wat...YB balik nati bleh bg kat jiran...hihihi

Opppsss lupa plak aku nak citer pasal muffin aku yg x jd ari tu...ermmm. Aceli yg aku nak buat tu apam pelangi...tp brg utk apam pelangi x cukup so aku decide nak wat muffin vanilla jer...dah tu..disebabkan kelam kabut dgn YB aku pukul bahan2 tu sekejap jer. Dah la bekas nak letak muffin tu pon lembik semacam jer...huhuhu sedih betul

Ermmm...kesempatan ni nak say thanks to suri solehah sbb sudi jln2 ke page saya yg x seberapa ni. dia tinggalkan komen nak kopi pes resepi apam coklat. Kopi ler suri....sbb sy pon kopi juga..hihihi

Sejak x der kelas ni...ari migu ni mcm rajin skit nak masak2. Tp tu la...nak buat tu mmg rajin yg nak mkn tu x der org nak mkn. Jiran2 jer la yg kenyang...hihihi YB la tukang antar.oklah...nak chooww dulu...main masak2 kat fb dulu..baru ler main masak2 kat dapur sendiri. huhuhu

Friday, February 11, 2011

Gubahan Hati

Ingat lg gubahan hantaran kat bawah ni??? Ari tu ada buat entri pasal ni tp x der story kan???

Gubahan hantaran ini aku dedikasikan buat kwn baik aku Hanizan...Dia dah selamat bertunang pada 5/2/2011 tp syg aku x dpt hadir sbb aku pegi kenduri kawen sepupu aku yg di Perai tu (entri semalam).

Kat bawah ni aku sertakan sikit pic masa majlis dia. Sorry hani ekk download gambar dr fb ko...hihi..Oppssslupa nak kasi tau...hantaran tu di gubahan oleh Mama Adam a.k.a Kak Rusmini.

Sebahagian dr hantaran...x leh nak download byk2...




Cantik gambar....Yb kata dah mcm kawen plak...hihihi

Thursday, February 10, 2011

Kenduri Kahwin

Masa kejadian : 5 Feb 2011 (Sabtu)
Tempat : Perai, Penang to Sik, Kedah
Pengantin : Zura & Izwan (Boboy)














x byk pic pengantin. byk gambar bukan pengantin...huhuhu

“ketika cinta itu mati, kau TIDAK perlu mati bersamanya”

Daisypath Anniversary Years Ticker

counting the wonderful day with u