Masa Itu Emas


Tuesday, August 16, 2011

Ramadan Terakhir

Tajuk kat atas tu merupakan citer yg aku layan sekarang ni. Bulan2 puasa ni byk citer menarik kat tv. Sib baik citer ni start kul 10.30mlm so, sempat la balik dr tarawih....hihihi...1st, aku suka jln citer dia, 2nd, aku suka lagu dia, 3rd, aku mmg suka citer2 dari radiusone punya production....

Jom layan OST citer ni...

JANGAN LUPA NAMAKU

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku men’cintaimu...

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu......

Lagu&lirik by POMPA BENSIN
 
 

Buat masa sekarang aku masih mencari mp3 lagu ni. Kalau ada pon bukan full version. Tak per la..janji aku suka irama dia.

Lagu Raya Berkumandang

Dah masuk pertengahan bulan Ramadhan ni mula la lagu raya diputarkan....betul2 rasa mcm nak raya esok. hihihi...

Lagu2 raya ni mmg ada aura tersendiri. Bila balik kampung tu dgr lagu raya, rasa mcm tak pernah balik kg 2-3 tahun. Apa ada pada raya sekarang dan dulu? Errmmm mungkin peningkatan usia membezakan perayaan ini disambut.


Org kata, budak2 kecik seronok la beraya sbb dapat kuitp duit raya org dewasa ni seronoknya ada juga tp lain la skit. Hari Raya juga mengeratkan lagi silaturahim antara adik beradik, kaum keluarga, sahabat2 lama dan jiran2 sekeliling kampung.


Entri ni mcm dah jadi pengulas rencana plak..hihihi Bukan apa, td terdengar lagu raya tp feelingnya x der lg. Tahun ni persiapan tak berapa nak best....Ntah la, tugu la dekat2 nak raya esk...


Eh...Apa Lagu Raya yg korang suka???

Saturday, August 6, 2011

Masak Sendiri Lagi Sedap

Sedar tak sedar dah 6 hari kita berpuasa. Hari ini merupakan Sabtu pertama di bulan puasa. So, cuti hujung minggu dlm bulan puasa selalunya aku akan memasak. Masak lauk yg simple2 jer. Janji dapat berbuka dgn masakan sendiri.

Kebanyakan org sekarang ni senang nak cari makanan berbuka puasa. Kalau malas msk, bazar Ramadhan tersedia utk diterjah. Lebih2 lagi org bujang. Kalau dah bekeluarga ni susah skit. Mcm aku, YB lagi suka kalau aku masak. Tp kalau hari bekerja tak ler aku msk, Bazar Ramadhan juga la jwbnya...Hari cuti jer yg aku msk2 nih. So, hari ni aku msk ler....


Lauk apa? Hari ni masak Ikan siakap steam, ikan keli masak lemak cili api dgn sayur kangkung goreng. Easy & simple. Tetiba teringat masakan emak. Hurmmm sedapnya...


Oklah, nak cari menu utk msk esk. hihihi Bulan puasa...bulan mencuba masakan. ngeh3x

Monday, August 1, 2011

Indahnya Ramadhan

Ramadhan datang lg...syukur kpd Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya dipanjangkan umur untuk menikmati Ramadhan kali ini. Alhamdulillah, surau kat rumah aku pun dah boleh digunakan dan tahun ni juga dapat solat terawih. Tahun sebelum ni ada kelas x sempat nak berterawih.

Bila datangnya Ramadhan..yg terlintas di fikiran...solat terawih dan pasar Ramadhan. Hurrmmm masa kena berbuka kat kelas dulu aku selalu jln2 kat pasar Ramadhan Kg. Baru dgn kwn aku. Masa adik aku ddk dgn aku, mesti singgah Pasar Ramadhan Tun Razak, x pun Permaisuri...

Indahnya Ramadhan di bumi Malaysia....

Pasar Ramadhan kat mana la ni??? Pic hasil carian Google
Apa menu berbuka hari ini??? Maklumlah..hari pertama puasa dlm kepala mcm2 menu....teringat masa kecik2 dulu, mak mesti dah start masak pkl 4 @ 5 ptg. Pukul 6.30 mula la kita jd org suruhan bg kuih kat jiran2...errrmmmm tp budaya tu dah kurang sgt....


Mcm2 kuih...sedap x sedap jer....
Rindu zaman itu....anak2 sekarang rasanya dah x der suasana mcm tu....Oklah....nati aku post lg yer...nak post kuih kat blog ni x bleh....post gambar2 tu jer la..

“ketika cinta itu mati, kau TIDAK perlu mati bersamanya”

Daisypath Anniversary Years Ticker

counting the wonderful day with u